MagzNetwork

Terkena Badi/ Bahadi Mayat

Posted by Alexanderwathern | 5:52 PM | , , | 3 comments »

Seorang sahabat lama menceritakan halnya dua tiga bulan lepas. Dia telah menziarahi satu jenazah saudara-maranya. Masalah timbul apabila dia pulang ke rumah. Dia asyik terbau kapur barus. Dia cuba menghilangkannya tetapi gagal. Dia minta pandangan saya.

Saya mengesyaki dia terkena ‘badi/ bahadi mayat’. Itulah istilah yang digunakan oleh orang Melayu walaupun si mayat bukanlah pihak yang membuatkan sesiapa terkena badi/ bahadi itu. Antara faktor terkenanya badi/bahadi mayat itu ialah jin ataupun keadaan diri orang itu sendiri.

Saya syorkan sahabat saya itu mandi limau dan ‘pagar rumah’. Oleh kerana kami tinggal berjauhan, saya hanya maklumkan cara-caranya dan dia lakukan sendiri. Hasilnya, bau itu seakan-akan melawan, makin keras. Saya berpandangan sahabat saya ini sebaiknya pergi dapatkan rawatan dari mana-mana perawat berhampiran.

Dua kali sahabat saya pergi ke Darussyifa’ tetapi belum dapat kesembuhan daripada Tuhan. Dia mencuba pula dengan Ustaz Sharhan (Zamdurrani) dengan kaedah mandi air daun pandan. Nampaknya berhasil. Sahabat saya itu pulih dengan izin Allah.

21 Januari 2011

3 comments

  1. Anonymous // February 8, 2011 at 12:27 AM  

    salam.....kenapa boleh terkena bahadi mayat pulak.....
    adakah bahadi nie makhluk atau ape?
    kalau makhluk semua binasa..... yang tinggal yang Khalik jerr....
    tak paham.........

  2. Alexanderwathern // February 10, 2011 at 11:01 PM  

    Wlksm anonymous,

    Antara sebab terkena bahadi ialah:
    1. Jin yang ada berhampiran mayat mengganggu kita
    2. Kelemahan jasmani dan rohani kita menyebabkan diri kita terpengaruh dengan persekitaran.

    ‘Terkena bahadi’ ini bolehlah dicontohkan dengan ‘terkena kemalangan’. ‘Kena kemalangan’ jalan raya itu makhluk ke bukan? Jadi jawapannya bergantung pada jawapan anda tentang ‘kena kemalangan’ itu. Jadi, apa jawapan anda... terkena kemalangan itu makhluk ke apa?

    Apa kaitan terkena bahadi (dan terkena kemalangan jalan raya) dengan binasanya makhluk dan ‘tinggalnya’ Khalik? Saya pun tidak faham... apa kaitan yang cuba anda buat di sini? Boleh beri penjelasan lanjut?

  3. Alexanderwathern // February 10, 2011 at 11:15 PM  

    Kemudian tentang pernyataan anda yang berbunyi: "Kalau makhluk semua binasa."

    Betul ke SEMUA makhluk binasa?
    Adakah 100% makhluk akan binasa?
    Apa maksud BINASA tu? BINASA yang macam mana yang anda maksudkan? Mati? Hancur? Lenyap? Fana? Hilang? Atau apa?
    Bila masanya semua makhluk BINASA tu?

Post a Comment