PERSOALAN :
Saya ingin bertanyakan perawatan yang sedang saya lakukan.
saya agak keliru, kalau-kalau saya melakukan perkara yang bertentangan agama. Saya
ingin mendapatkan penjelasan daripada Ustaz.
Isteri saya mengalami gangguan, saya kira gangguan jin. Saya berjumpa seorang perawat. Saya agak ragu-ragu cara perawatannya tetapi saya tidak boleh melarang sebab saya pun tidak tau adakah ia salah atau tidak.
Antara cara rawatannya;
i. Mandi Bunga 7 bunga yang ada bau bersama limau purut.
ii Pesakit di rawat di samping selawat & Quran di pukul belakang dengan kain hitam. Menggunakan asap rokok semasa merawat. Perawat mengaku berasa kehadiran 'benda' pada pesakit/dalam rumah. Pesakit dikehendaki membuka tudung dan perawat meminta izin saya untuk perawatan.
Semasa merawat perawat 'bersendawa'
iii. Mandi limau 5 malam berturut-turut dan pada masa yang sama. kemudian limau itu akan disimpan hingga malam ke lima dan di buang ke sungai.
iv. Amalan pagar rumah adakah ia dibenarkan. bahan-bahan sepeti asam keping, lada garam lada hitam dan beberapa bahan lagi.
Saya agak ragu-ragu kalau-kalau perawat menggunakan jin dalam rawatannya. Perawat juga selalu menjelaskan ia adalah ikhtiar. Minta penjelasan pihak tuan.
Isteri saya mengalami gangguan, saya kira gangguan jin. Saya berjumpa seorang perawat. Saya agak ragu-ragu cara perawatannya tetapi saya tidak boleh melarang sebab saya pun tidak tau adakah ia salah atau tidak.
Antara cara rawatannya;
i. Mandi Bunga 7 bunga yang ada bau bersama limau purut.
ii Pesakit di rawat di samping selawat & Quran di pukul belakang dengan kain hitam. Menggunakan asap rokok semasa merawat. Perawat mengaku berasa kehadiran 'benda' pada pesakit/dalam rumah. Pesakit dikehendaki membuka tudung dan perawat meminta izin saya untuk perawatan.
Semasa merawat perawat 'bersendawa'
iii. Mandi limau 5 malam berturut-turut dan pada masa yang sama. kemudian limau itu akan disimpan hingga malam ke lima dan di buang ke sungai.
iv. Amalan pagar rumah adakah ia dibenarkan. bahan-bahan sepeti asam keping, lada garam lada hitam dan beberapa bahan lagi.
Saya agak ragu-ragu kalau-kalau perawat menggunakan jin dalam rawatannya. Perawat juga selalu menjelaskan ia adalah ikhtiar. Minta penjelasan pihak tuan.
PENJELASAN :
MANDI BUNGA
Mandi bunga 7 macam bau itu ialah salah satu terafi
aroma/bau-bauan. Ada juga mandi bunga yang bermotifkan terafi warna. Dengan
izin Allah, kajian-kajian zaman ini menunjukkan bau dan warna memang membantu dalam
rawatan. Limau juga salah satu terafi bau-bauan. Tidak mengapa menggunakan
bunga dan limau asalkan jangan salah niat, contohnya niat untuk minta bantuan
makhluk halus tertentu, tentulah tak boleh.
Sebagai contoh, ada orang sakit yang terasa segar dan
lapang apabila tercium bau wangi. Dari situ manusia mengkaji kemanfaatan terafi
bau. Ada orang sakit yang apabila duduk dalam bilik yang mempunyai warna-warna
yang garang, meningkat semangatnya lalu lebih mudah untuk ia disembuhkan. Ada
pula orang sakit yang rasa sedap dan cepat sembuh apabila duduk dalam bilik
yang berwarna lembut. Dari situ manusia mengkaji kemanfaatan terafi warna.
Diri manusia juga berkait rapat dengan warna dan bau. Tubuh
masing-masing ada warna tersendiri. Aura masing-masing juga ada warna
tersendiri. Lain individu, lain warna-warna yang diminatinya atau tidak
disukainya. Tubuh manusia juga ada bau masing-masing. Jadi, terafi waran dan
bau memang wujud, dan manusia menggunakan pelbagai bahan untuk menjalankan
rawatan menggunakan warna dan bau ini termasuklah bunga dan limau.
BACAAN DAN PUKULAN
Bacaan selawat dan ayat-ayat Al-Quran kita sedia maklum,
memang bagus. Tentang pukulan sama ada dengan tangan, rotan, kain, serban,
sejadah dan sebagainya memang boleh asalkan tidak sampai memudaratkan pesakit.
Tujuan pukulan itu sebenarnya ialah untuk menyakitkan dan menakutkan jin yang
berada di dalam tubuh pesakit, sekiranya ada. Ada juga pukulan yang bertujuan
untuk mengaktifkan tubuh pesakit, agar rawatan mudah dilakukan.
PENGGUNAAN ASAP ROKOK
Penggunaan asap rokok itu tujuannya untuk mendatangkan
jin, kerana jin suka dengan asap. Sebab itu dulu biasanya orang pakai kemenyan,
kerana asapnya disukai jin. Cuma secara peribadi saya tidak setuju dengan
kaedah ini, dan ini kali pertama dengar perawat guna rokok. Mungkin niatnya
untuk menjemput jin yang mengganggu isteri anda agar datang, supaya dia boleh
uruskan jin itu. Jika benar begitu, niatnya baik, tapi caranya tidak sesuai. Bagi
sebahagian perawat pula, asap digunakan untuk menghadirkan jin-jin yang boleh
membantunya dalam rawatan seperti pendamping, sahabat, saka atau sebagainya.
MEMBUKA TUDUNG KEPALA
Membuka tudung tu rasanya tak perlu dalam kes gangguan
seperti ini. Paling kuat pun perawat boleh letak tangan atas kepala pesakit
yang bertudung. Dan sepatutnya tak perlu
sentuh pesakit pun, kerana perawat boleh melakukan jurus dari jauh. Lainlah kalau
ada luka di kepala, atau bisul, atau cedera, atau perlu dibedah dan seumpamanya
yang berupa kecemasan. Dalam kes seperti itu barulah perawat dibenarkan meminta
pesakit atau warisnya membuka tudung. Kalau bukan kecemasan, minta pesakit
pergi mendapatkan rawatan dengan perawat wanita.
PERAWAT SENDAWA
Perawat sendawa kerana beberapa sebab. Antaranya, dalam
badannya ada banyak angin. Apabila dia membaca ayat-ayat tertentu atau melakukan
gerak-gerak tertentu, ayat dan gerak itu secara tak langsung “attack” angin dalam
badannya. Sebab itu ada orang yang
apabila baca Quran, dia akan sendawa beberapa kali di peringkat awal. Lagi
satu, jika dalam badan perawat ada jin-jin (biasanya yang kecil-kecil) dan banyak
syaitan (yang memang selalu masuk keluar tubuh manusia), dia juga akan sendawa.
MANDI LIMAU
Mandi limau itu salah satu kaedah rawatan, lebih-lebih
lagi ia bersifat asid dan berbau wangi. Ada sebahagian jin yang sangat tidak
selesa dengan asid dan bau wangi. Boleh saja mandi air daun bidara, air biasa
dan seumpamanya.
MEMAGAR RUMAH
Bahan-bahan yang digunakan untuk memagar rumah itu boleh
digunakan, asalkan niatnya betul. Cuma saya tak biasa guna asam keping. Bahan-bahan
itu digunakan kerana ada sebahagian bangsa jin yang tidak selesa/ tidak suka
dengannya. Jadi apabila kita taburkan di sekeliling rumah, jin-jin itu biasanya
tidak menghampirkan diri. Tapi bukan semua jin tak suka benda-benda itu. Namun
sekurang-kurangnya ia mengurangkan jumlah jin yang mungkin masuk ke kediaman
kita.
Contohnya apabila kita tabur belerang di sekeliling
rumah, banyak jenis haiwan berbisa akan mengelak daripada masuk ke rumah kita,
tapi ada juga jenis yang tetap boleh masuk. Ada haiwan tak suka pokok limau
purut, ada yang pantang dengan serai wangi, ada yang takut warna-warna tertentu,
ada yang takut duri dan sebagainya. Selain itu benda-benda itu juga ada
khasiat-khasiat tersendiri yang sampai sekarang pun manusia tidak tahu kesemua
khasiatnya. Begitu jugalah dengan lada hitam dan garam.
Orang dulu-dulu belajar dari pengalaman. Apabila mereka
tabur garam yang dibacakan ayat-ayat Quran, ternyata mereka berjaya menjauhkan
bangsa-bangsa jin tertentu. Apabila dibuat berulang kali, di banyak tempat dan
oleh ramai orang dan berjaya, lama-kelamaan ia diterima secara umum walaupun
mungkin sebahagian orang tak tahu pun apa kaitan antara lada dan garam dengan
jin-jin.
Samalah macam orang tabur belerang keliling rumah untuk
elakkan haiwan-haiwan berbisa. Kalau kita tanya, kebanyakannya tak tahu pun apa
kaitan antara belerang dengan haiwan berbisa dan bagaimana fungsi belerang ke
atas haiwan-haiwan itu, tapi mereka bertindak berdasarkan pengalaman berjaya
berulang kali yang dibuat oleh masyarakat. Tak bolehlah kita cegah mereka tabur
belerang dengan alasan kononnya tak ada dalil Quran atau sunnah ataupun tak
buat eksperimen makmal.
Jin-jin terdiri daripada banyak bangsa dan agama,
macamlah spesis-spesis haiwan. Ada haiwan takut akan api, ada pula yang suka.
Untuk elakkan beruang, harimau, serigala dan seumpamanya, kita nyalakan api
sekitar rumah. Tiba-tiba kita dapat tahu ada sejenis haiwan sedang mengamok
menyerang manusia. Kita tak tahu haiwan apa. Maka sebagai usaha dan ikhtiar,
kita pun pakat pasang obor keliling rumah. Tindakan kita itu berdasarkan
pengalaman rata-rata masyarakat bahawa binatang buas takut akan api. Tak perlu
tunggu kaji dalil Quran dan hadis untuk ambil tindakan sebegini, cukup dengan
menggunakan akal.
SYARAT-SYARAT OLEH PERAWAT
Tentang mandi limau 5 malam dengan syarat-syarat tertentu
itu sebenarnya mengikut pertimbangan perawat. Berdasarkan tahap keseriusan
gangguan yang dihadapi, maka perawat mengagak yang gangguan itu akan hilang
sepenuhnya jika dibuat selama 5 malam. Kalau tak serius, mungkin setakat 3
malam, dan kalau sangat serius, mungkin sampai 7 malam.
Samalah macam doktor merawat ahli sukan yang cedera. Doktor
itu akan nasihatkan agar ahli sukan itu berehat mengikut tempoh masa yang dijangkakannya
kecedaraan itu akan sembuh. Sebab itu ada ahli sukan yang direhatkan dua
minggu, ada yang dua bulan, ada yang setengah tahun dan sebagainya. Masanya
berbeza mengikut jenis kecederaan. Kesimpulannya, ia mengikut pertimbangan
perawat.
PERAWAT MENGGUNAKAN JIN
Antara tanda-tanda perawat menggunakan jin :
1. Dia
menurun (menggelepar atau terketar-ketar lalu suaranya jadi lain). Yang ini
kita sedia maklum.
2. Dia
menggunakan kemenyan, colok atau apa-apa yang mengeluarkan asap dan bau,
tujuannya untuk mudah menghadirkan jin. Tapi tidak semestinya yang menggunakan
kemenyan itu menggunakan jin. Begitu juga kalau dia membuat apa-apa hidangan
atau peralatan. Biasanya hidangan dna pearalatan itu adalah kesukaan jin-jin
yang mahu dihadirkannya.
3. Dia
duduk diam ataupun kelihatan membaca sesuatu lalu tiba-tiba bersuara dengan
suara yang lain. Kalau jenis Islam, biasanya jin itu akan mengucapkan salam
terlebih dahulu.
4. Dia
bercakap dengan sesuatu yang kita tidak nampak, seolah-olah ada teman bicara.
Kadang-kadang dia tanya soalan, dia sendiri yang jawab. Sebenarnya yang menjawab
itu ialah jin tadi, sekalipun suaranya sama dengan suara perawat.
5. Ketika
sedang merawat, dia sendiri beritahu bahawa sekejap tadi ada
orang/sahabat/sesuatu dan seumpamanya yang beritahu begini-begini kepadanya
sedangkan kita tak nampak siapa.
6. Dia
nampak apa yang kita tidak nampak seperti nampak jin duduk di pintu, di alang,
di tepi pesakit dan sebagainya. Tapi bukan semua perawat yang nampak itu
menggunakan jin.
7. Tiba-tiba
dia bercakap dengan nada yang lain dan mengakui dirinya sebagai tokoh-tokoh
tertentu seperti Hang Tuah, Tok Janggut, wali, Puteri Mayang Mengurai, ulama,
pendekar dan sebagainya.
Namun begitu, bukan semua orang yang melibatkan jin dalam
rawatannya itu melakukan perkara yang salah. Bahagian ini panjang huraiannya
dan perlukan perincian. Tapi sebagai jalan selamat, kita elakkanlah perawat
yang melibatkan jin dalam rawatannya. Banyak fitnah sekiranya menggunakan jin
ini.
PENUTUP
Alhamdulillah, syukur. Saya kira saya sudah berusaha
menjelaskan sekadar yang saya tahu dan terdaya dalam ruang yang ada ini
walaupun tidaklah secara terperinci. Semoga penjelasan ini bermanfaat buat
anda. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
29 Mei 2013
Alhamdullilah, info yang sangat berguna.