PERSOALAN : Assalamualaikum
ustaz.. saya ingin bertanya mengenai perubatan Islam.. Baru-baru ini abng saya
didapati terkena santau di kedai makan.. kami berubat dengan seorang imam ini..
tapi imam ni memberi pantang yang abang saya tak boleh melanggarnya..
contohnya, tidak boleh makan sayur-sayur yang berjalar selama satu minggu,
tidak boleh makan ikan yang berbisa selama sebulan dan tidak boleh makan rebung
seumur hidup abang saya.. Betul ker itu ustaz?? Mohon pencerahan yer ustaz..
PENJELASAN : Wlksm.
Santau ni sejenis racun. Apabila masuk ke dalam badan, ia akan merosakkan
bahagian-bahagian dalaman tertentu, mengikut jenis racunnya. Makanan-makanan
yang dipantangkan tu sebenarnya berpotensi untuk menguatkan racun santau, atau
melambatkan penyembuhan.
Contohnya orang yang berangin dalam perut, orang tua-tua
akan pesan supaya jangan makan benda berangin seperti nangka, daun selom dan
lain-lain untuk tempoh tertentu (*tanpa merujuk kepada dalil-dalil Al-Quran
atau hadis terlebih dahulu pun, cukup melalui pengalaman masyarakat umum).
Sekiranya dimakan juga, lambatlah hilang angin dalam perut tu kerana kita makan
penambah angin. Begitu juga dengan santau.
Contohnya lagi, apabila kaki kita luka, kita tabur pula
dengan garam, lagilah sakit. Santau itu mungkin sudah melukakan atau
membengkakkan organ dalaman tertentu, maka makanan-makanan yang boleh
menambahkan sakit eloklah dipantang buat sementara waktu sehingga betul-betul
sembuh.
Jika kesan santaunya kuat, mungkin ada makanan tertentu
yang tidak boleh dimakan langsung kerana dikhuatiri akan menghidupkan semula
kesan racun santau itu.
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan pengetahuan saya yang
dhaif ini, pantang-larang yang dibuat oleh imam itu memang ada relevannya jika
betul kita terkena santau. Begitulah secara ringaksnya. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar
29 Mei 2013
0 comments
Post a Comment