Apabila dua jin yang punya sejarah pertentangan antara satu sama lain berkeras mahu bertempur di alam manusia, menggunakan tubuh dua manusia... maka manusia-manusialah yang letih. Dari pukul 1 pagi sampai pukul 3 pagi... tak selesai-selesai, terpaksalah dipisahkan kedua-dua jasad manusia yang menjadi tempat bertapaknya mereka di alam manusia itu agar duduk berjauhan,supaya tidak berpeluang bertemu muka.
Jin yang sedap lunak bahasa Indonesianya beragama Islam dalam jasad seorang remaja lelaki, berulangkali menggunakan Ayat Kursiy sebagai jurus-jurus serangannya. Mula-mula tu ingatkan jin liar yang merasuk, saya pun cubalah merawat jasad yang ditumpangi di samping sedikit serangan pada jin yang menumpang. Rupa-rupanya dia hendak memusnahkan jin dalam jasad yang satu lagi. Tapi kemudiannya nampaknya dia tidaklah marah kepada saya, legalah.
Jin yang satu lagi entah apa agamanya, asyik cakap belit-belit. Jasad yang ditumpanginya tu pula ialah seorang wanita yang berat badannya mungkin lebih 100 kilogram. Waktu dia bersilat, tak terpegang dek kita (tapi langkah silatnya sumbang, lebih kepada nak menunjuk-nunjuk je rasanya).
Jin Indonesia ini cakap besar juga beberapa kali, tapi 'power'nya tidaklah seberapa. Dia gagal membinasakan lawannya walaupun dalam pertempuran itu kelihatan dia mendapat markah lebih.
Jin bangsa Indonesia ini mendakwa (dakwaan jin-jin jenis ini kita tak boleh percaya penuh) berasal dari indera kahyangan. Apa entah namanya, lupa pula, macam nama Indonesia kuno dalam filem-filem. Dia dihantar ke bumi untuk menentang jin-jin jahat. Dakwanya le... Tapi dari pemerhatian saya, dia memang jin jenis terbang.
Persoalan kami ramai-ramai di situ - mengapa kedua-dua jin tidak bertempur sahaja di alam mereka, sebaliknya berkeras hendak bertempur di alam manusia (menggunakan jasad-jasad manusia)? Kan senang? Tak payah le membuatkan manusia susah!
Sahabat-sahabat mungkin boleh kongsi ilmu atau pandangan. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment