MagzNetwork

Satu Kaedah Memagar Rumah dan Kawasan

Posted by Alexanderwathern | 12:57 AM | | 1 comments »

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN

(Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)

1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.

3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.

4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.

5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.

6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.

7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.

8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.

9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.

CARA ‘MEMAGAR’ KAWASAN RUMAH.

Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.

1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy).

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).

3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.

4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.

Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?

Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.

2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.

3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.

4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.

Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?

1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.

2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.

Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?

Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.

Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya?

1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.

2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa : “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”

3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.

Jarang sangat membuat rawatan membetulkan tulang belakang. Oleh itu, terpaksalah dibuat nota ringkas kerana ingat-ingat lupa susunannya. Berikut ialah nota ringkas tentang langkah-langkah rawatan membetulkan tulang belakang yang saya buat. Sengaja saya kongsikan di sini kerana notanya mencuit hati saya, seolah-oleh hendak membelasah orang sampai hancur saja bunyinya. Kalaulah pesakit terpandang nota saya ini, silap-silap haribulan lari tak bertangga dia : )

1. Tarik.
2. Lipat.
3. Tekan.
4. Putar.
5. Tumbuk tumit.
6. Tekan sisi.
7. Tarik sisi.
8. Koyak.
9. Tekan belakang/ tulang.
10. Lentik
11. Pijak kaki.
12. Kepak
13. Paling.
14. Tarik kepala.

Macam mana? Ada yang mahu 'try'? : )

Sakit Kepala Berdenyut

Posted by Alexanderwathern | 11:06 AM | | 0 comments »

SOALAN:

Saya ada sakit kepala selama sebulan, sakit berdenyut-denyut dari mata sebelah kiri sampai ubun-ubun kepala. Apabila malam susah hendak tidur. Apasal erk? Sudah pergi klinik tapi ‘still’ macam tu.


JAWAPAN:

Punca sakit kepala ni macam-macam. Sukar nak kesan puncanya dari jauh.


KAEDAH SUNNAH:

Ringkas cerita... anda ‘try’ berbekam. Tak payah bekam kat kepala, cukup bekam 1 tempat di belakang tengkuk, ke bawah sikit. Dapat 1 tempat tu pun jadi le. Cuba tengok kesannya bagaimana. Biasanya tukang bekam akan beri cadangan bahagian mana lagi yang sesuai.

(*Berbekam sangat mujarab untuk pelbagai jenis sakit kepala termasuklah akibat sihir dan gangguan jin)


KAEDAH TRADISIONAL:

Selain berbekam, kaedah refleksologi pun boleh. Sapu sikit minyak di ibu jari kaki kiri. Kemudian picit/ urut dengan agak kuat berkali-kali:

1. betul-betul di bawah tengah ibu jari kaki.

2. kemudian picit/urut ke arah depan kawasan pangkal ibu jari kaki (bahagian bawah).

3. kemudian pakai pensel/ pen, tekan hujung ibu jari kaki (depan) dengan agak kuat beberapa kali.

4. urut ke arah depan bahagian tepi (kedua-dua tepi) ibu jari tu.

Sambil picit/urut tu, zikir le apa-apa, contohnya “Allahu Akbar” berulang kali. Saraf kat situ bersangkut terus dengan bahagian kepala kita. Kalau ada gangguan jin yang ringan di kepala, insyaAllah ia akan pergi.

Untuk bahagian mata, urut/tekan kuat berulang kali pangkal jari kedua dan ketiga (bawah).


KAEDAH LOGIK:

Laluan utama ke kepala ialah bahagian tengkuk kita. Di situ ada begitu banyak urat saraf yang berkaitan dengan kepala. Sapukan minyak angin yang sesuai (seperti minyak burung but-but) dan picit-picit di bahagian tengkuk tu.


KAEDAH PERUBATAN ISLAM:

Sekiranya anda berasa kuat hati ia akibat gangguan jin atau sihir, boleh cuba baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali pada segelas air kosong. Minum habis. Buat 2 kali sehari- pagi dan petang.


KAEDAH SAINS:

Banyakkan minum air kosong. Kadang-kadang kita sakit kepala kerana kurang air je. Minum air secukupnya, terus hilang skait kepala.

Semoga ada perubahan positif.


Abu Zulfiqar

5 MEI 2011


*Nama-nama kaedah di atas tu hanya untuk memudahkan pemahaman.

Jodoh Lambat kerana Gangguan Jin?

Posted by Alexanderwathern | 7:45 PM | , | 0 comments »

SOALAN:

Salam... Maaf saya ingin bertanya masalah diri.
Dalam usia yg menghampiri 30, saya masih belum bertemu jodoh. Adakah unsur-unsur halangan yang melibatkan jin pada diri ini kerana saya selalu bermimpi dan ada masa berlapis-lapis banyak perkara, pernah mimpi tentang budak-budak yang pelbagai. Selain itu ada juga lebam di kaki/paha yang tak pasti kerana apa. Perlukah saya bertemu perawat atau saya boleh mengubatnya sendiri dengan amalan-amalan?

Saya sebenarnya takut nak jumpa perawat kerana segan jika dia tahu keadaan saya. Saya takut jika berlaku keadaan seperti kerasukan bila dirawat. Apa yang perlu saya lakukan untuk merawat diri ini. Dan kenapa terjadi lebam di kaki?

Diharap ustaz sudi menjelaskan, terima kasih.

JAWAPAN:

Wlksm Cik Q,

Jodoh kita Tuhan yang menentukannya sejak azali. Boleh jadi ketika ini belum sampai jodoh anda. Mungkin sehari dua lagi sampai. Semakin maju zaman, semakin lewat usia kebanyakan wanita mendirikan rumahtangga. Untuk itu, anda teruskan berdoa dan banyakkan bersabar.

Selalu bermimpi, mimpi berlapis dan mimpikan budak-budak tidak semestinya menjadi petanda kewujudan gangguan jin. Jika ada pun, mungkin gangguan biasa yang tidak berkaitan dengan lewatnya anda bertemu jodoh.

Namun begitu, jika selalu berlaku lebam di kaki dan paha, biasanya melibatkan gangguan jin yang berulang (berdasarkan pengalaman saya). Sungguhpun ada gangguan pada bahagian itu, tapi tak semestinya ada kaitan dengan lambatnya jodoh anda.

Saya sarankan anda pergi dapatkan rawatan dengan perawat yang menggunakan keadah rawatan Islamik, walau sekali. InsyaAllah perawat itu dapat mengesan gangguan pada diri anda, jika ada. Dari situ, rawatan seterusnya boleh diusahakan.

Tentang segan bertemu perawat, anda boleh dapatkan bantuan perawat muslimah. Contohnya di Darussyifa’ Bangi. Sesama wanita, kuranglah segannya. Dirawat tak semestinya akan kerasukan. Bawalah bersama mahram ataupun teman-teman wanita anda sebagai peneman.

Seandainya anda mahu usahakan sendiri pun boleh, tapi saya lebih galakkan pergi bertemu perawat. Antara yang boleh diusahakan:

1. Beli 1 CD ruqyah di pasaran dan dengar setiap hari, sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika ada gangguan, anda akan berasa lain macam. Dari situ, jelaslah memang ada gangguan. Dengarkan selama sebulan setengah.

2. Bacakan 3 Qul (setiap satunya 3 kali) pada segelas/ separuh gelas air kosong dan minum. Buat 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Lakukan selama sebulan setengah.

3. Bacakan 2 Kalimah Syahadah, selawat 3 kali, Al-Fatihah 1 kali, Ayat Kursiy 1 kali dan 3 Qul pada sebaldi/ separuh baldi air/ secebok air dan limau purut (3 biji). Perahkan limau purut di dalam air. Mandi pada bilasan terakhir. 1 kali pagi dan 1 kali petang. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hari. Kemudian teruskan mandi doa tanpa tanpa limau lebih kurang sebulan setengah.

Anda boleh pilih salah satu daripada yang di atas. Hendak melakukan ketiga-tiganya pun boleh, cuma takut tak terbuat. Eloklah amalannya sedikit tapi istiqamah/ berterusan.

Saya sudah mendoakan agar anda mendapata jodoh yang baik dan dijauhi daripada segala bentuk gangguan jin. Semoga segala urusan anda yang baik dimudahkan Allah SWT.

Abu Zulfiqar

3 Mei 2011

Mati Bersaka

Posted by Alexanderwathern | 9:26 AM | , | 0 comments »

PERSOALAN:

Salam
Nak tanya soalan sikit. Harap boleh tolong jawab.

Cam ni, tadi kat sekolah ngan kawan2 kami bercerita pasai saka. Jadi timbul pulak soalan cam na kalau tok nenek ada saka sampai kat generasi kita, kita tak mau terima. Ada ka dia bawa kesan cam orang cerita, orang yang ada saka susah nak meninggai nanti.
Adakah semua keturunan dia susah nak meninggai atau hanya pada orang yang menerima saja?

Tolong beri penjelasan, nanti xxx boleh cita kat kawan2. La ni ada dengaq cita macam2. Orang kata la ni benda tu berleluasa disebabkan tuan dia dah meninggal, dia masih tidak bertuan. Tu yang katanya orang yang tak bersalah pun terkena pengangan tu. Betui ka?

JAWAPAN:

Wlksm xxxxx,

Jika tok nenek kita ada saka dan ia mahu turun kepada kita lalu kita tak mahukannya. Yang mungkin berlaku:
1. ia akan cuba pergi ke anak cucu yang lain, ataupun...
2. ia akan menyusahkan kita (terutamanya membuatkan kita sakit) sehinggalah kita mahu menerimanya, ataupun...kadang-kadang...
3. ia akan merayau-rayau dan mengganggu orang.

Memang ada orang yang ada saka, susah hendak mati sehinggallah saka itu berjaya diusir ataupun saka itu sudah ada tuan yang baru (ada orang yang sanggup terima ia terutamanya keluarga si sakit).

Ada juga yang sudah mati tetapi kelihatan masih hidup. Hal ini kerana saka itu menumpang pada tubuh tuannya. Apabila saka itu berjaya dikeluarkan (sama ada dengan cara diusir ataupun mendapat tuan yang baru), barulah tubuh tuannya tidak bergerak-gerak lagi.

Yang susah untuk melepaskan nyawa itu ialah orang yang menjadi tuan saka tersebut, bukannya ahli keluarga yang lain.

Tuannya mati lalu jinnya merayau-rayau... kes seperti ini selalu berlaku. Masalah begini biasanya boleh selesai jika jin itu berjaya dibuang, dibunuh ataupun jika jin itu mendapat tuan yang baru.

WaAllahua'lam.