MagzNetwork

RASHIDI MENULIS:

Salam. Saya nak tanya, ada taka pa-apa amalan yang boleh dibuat untuk elak makhluk halus dok bertenggek depan kita masa solat? Susah nak buat “don't know”, sebab asyik “know” aje. Kekusyukan tu jadi agak terganggu. Yang ni bukan mimpi..


SAYA:

Rashidi... nampak dengan mata kasar ke 'yang bertenggek' tu? Ataupun 'berasa' saja?


RASHIDI MENULIS:

Berasa dan tahu. Kemudian ada semacam imbasan imej dalam fikiran..


SAYA:

Antara amalan mudah (tapi insyaallah berkesan) yang saya cadangkan:

  1. Sebelum solat, boleh bercakap dengannya sama ada nampak ataupun tidak dalam bahasa kita sendiri. Contohnya, “Aku nak sembahyang, tolong jangan kacau! Pergi jauh-jauh! Kalau tidak, aku mengadu pada Allah!” Jika bernasib baik, kaedah ini pun kadang-kadang berkesan.

  1. Sebelum solat elok sangat iqamah terlebih dahulu. Amalan ini dapat menimbulkan kesan sangat tidak selesa kepada jin dan syaitan. Mana-mana yang tak tahan, pasti akan menjauhkan diri dari kita.

  1. Baca juga surah An-Naas sebelum solat. Amalan ini untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin dan manusia.

  1. Setiap pagi dan petang baca 3 Qul, setiap satunya 3 kali. Amalan ini sebagai ikhtiar mendapat perlindungan Allah daripada segala macam bahaya untuk sepanjang hari. Ada hadisnya. Sangat baik jika dapat dikekalkan/ istiqamah amalan ini selama 40 hari ke atas.

  1. Sebelum tidur, berdoa dengan 3 Qul, sapukan ke seluruh tubuh. Amalan sunnah untuk menghindarkan gangguan jin dan sihir.

  1. Jika masih gagal menghindarkan gangguannya, bacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul kepada air kosong, renjiskan ke serata rumah.

Wallahualam.



Abu Zulfiqar Amsyari

30 MEI 2010


* Selepas 40 hari, jika gangguan masih berterusan, saya akan berikan amalan yang lebih berat sedikit.

* Ada kemungkinan rumah yang anda tinggal itu yang bermasalah.

* Turunkan semua gambar yang ada dalam rumah, simpan dalam album. Jangan ada patung.

Bertungku - Antara Besi dan Batu

Posted by Alexanderwathern | 10:04 PM | | 0 comments »

Kita boleh gunakan besi ataupun batu sungai sebagai penungku, tetapi batu sungai adalah lebih baik. Batu sungai yang dipanaskan tidak 'menggigit' dan habanya tahan lebih lama. Besi pula agak 'tajam' panasnya dan cepat pula sejuk. Panas batu dengan panas besi tidak sama.

Batu gunung berapi juga boleh digunakan. Ia tidak perlu dibakar, cukup direndamkan dalam air panas.


SANDARAN
Petua dan pengalaman orang tua-tua.

Bunga Rafflesia Mungkin Tidak Sesuai Sebagai Ubat

Posted by Alexanderwathern | 12:21 AM | | 0 comments »

KUALA LUMPUR 23 Mei - Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati, organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.

Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan oleh lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.

Dr. Nazlina berkata, dalam satu artikel portal berita universiti itu bahawa penyelidikan oleh Khairunnadwa di bawah penyeliaannya mendapati, limpa itu mampu mendetoksifikasi bahan dari tunas Rafflesia azlanii.

"Tetapi proses ini juga mengecutkan limpa daripada saiz asalnya. Dengan itu ujian itu mengesahkan keupayaan tunas bunga itu. Tetapi risiko yang memberi kesan ke atas organ penting lain juga wujud, iaitu limpa,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang mengamalkan meminum air dimasak dengan tunas Rafflesia selepas rawatan kelahiran perlu menimbangkan dengan serius keburukan dan kesan berbahaya ini.

Katanya lagi, kadar ketoksikan dalam kajian ini perlu menjadi amaran kepada orang yang mengambil “jamu” seperti ini memandangkan penggunaan bahagian Rafflesia azlanii sebagai sumber ubatan tradisional adalah tidak selamat. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Soal Jawab - Curangkah Isteri Saya?

Posted by Alexanderwathern | 11:48 PM | , | 0 comments »

PERTANYAAN:

Salam tuan. Nak tanya satu permasalahan.

Saya berkahwin baru beberapa tahun…ada anak seorang. Masalah saya ialah isteri saya pernah dua tiga kali melepak dengan kawannya.. seorang perempuan.. selepas habis kerja di rumah kawannya tu. Tak jadi hallah sebab kawannya tu tinggal dengan keluarga. Kawannya tu seorang janda.

Tapi setiap kali mereka melepak di rumah kawannya, akan datang bekas teman lelaki isteri saya. Mereka melepak bersama di ruang tamu, borak-borak. Saya percaya mereka merancang dari awal pertemuan itu. Isteri saya memang ada beritahu yang dia hendak duduk sebentar di rumah kawan tu, tapi dia tak beritahu pun yang bekas teman lelakinya akan turut serta. Saya dapat tahu pun dari orang lain. Isteri saya pun tak bersuara hendak mengajak saya pergi sekali.

Sebelum ni saya memang pernah bertemu bekas teman lelakinya tu ketika hari-hari kebesaran agama… kami saling kunjung-mengunjung.. biasa le. Tapi reaksi isteri saya waktu berbicara nampak terkawal dan sopan…sebab ada saya…. jadi formal le.

Berita yang saya dengar, waktu melepak di rumah kawan isteri saya tu, perbualan mereka jadi tak formal dan penuh gurau senda… ada lebih seronok le berbanding kalau saya ada sekali di situ. Atas sebab itu le agaknya saya tidak diberitahu akan kehadiran lelaki itu. Mungkin mereka takut saya akan turut serta, jadi keseronokan mereka berbual (bergurau senda?) terganggu le. Dah tentu isteri saya akan “control” percakapannya sebab ada saya.

Saya rasa perbuatan isteri saya itu ada curang sedikit. Apakah ajaran agama kita memang membenarkan perlakuan isteri saya tadi? Ataupun hal itu memang salah? Mohon pandangan tuan.

Ps: Susah hidup di kota metropolitan ni..


PANDANGAN SAYA:

Wlksm,

Saya beri pandangan berdasarkan maklumat yang anda maklumkan di atas.

Ringkas cakapnya, saya pun punya pandangan sama dengan anda. Si isteri sengaja tidak mahu anda turut sama dalam pertemuan itu agar dia boleh bebas bersembang dengan si lelaki dengan penuh keseronokan. Jika anda turut serta, gelak tawa mereka tentulah terpaksa dijaga. Berbalas pandangan dan senyuman pun tentulah tidak boleh sesuka hati, ada penghalangnya.

Walaupun sekadar berbual di ruang tamu, tetapi perlakuan isteri anda itu tidaklah selaras dengan tuntutan agama Islam.

Wallahualam.


Abu Zulfiqar Amsyari

10 Mei 2010

Tafsiran Mimpi Berbeza Ikut Tempatnya

Posted by Alexanderwathern | 1:46 PM | | 0 comments »

Seorang yang tinggal di Tanah Arab bermimpi memberikan kurma kepada jirannya. Mimpi ini bermaksud dia akan memberi pertolongan kecil kepada jirannya. Ternyata esoknya dia memang ada menolong jirannya mencuci pakaian.

Jika yang bermimpi itu ialah orang Melayu di Malaysia, boleh jadi maksudnya dia akan menolong jirannya dalam perkara yang besar.

PENJELASAN

Kurma ialah makanan biasa di Tanah Arab. Menghadiahkan kurma kepada jiran yang tidak berada dalam kesusahan di sana bukanlah sesuatu yang besar ertinya, kerana kurma mudah diperolehi. Berbanding di Malaysia, kurma umumnya sukar diperolehi. Menghadiahkan seseorang dengan buah kurma membawa erti hadiah yang agak luar biasa.

Wallahualam.