"Salam..saya nak tanya, adakah mimpi anjing hitam nak serang bermksud kita ada saka?"
Wlksm. Tidak semestinya. Biasanya mimpi hendak diserang oleh anjing hitam bermaksud ada musuh yang mahu mengenakan kita tetapi belum kena, tidak berkaitan dengan saka. Wallahua'alam.
"Assalammualaikum ustaz, Benarkah bermimpi dikejar haiwan seperti anjing adalah petanda sesuatu yang tidak elok dan tidak baik akan terjadi pada diri kita??"
Wlksm. Tidak semestinya akan berlaku sesuatu yang tidak baik, cuma mimpi dikejar anjng membawa maksud ada orang memusuhi anda dan anda menyelamatkan diri daripadanya. Wallahua'alam.
"Mimpi lipan berjalar di atas badan dengan diperhatikan oleh ibu saya tp beliau tidak berbuat apa2.."
Maksudnya ibu anda tahu ada seorang wanita yang kurang senang dengan anda tetapi dia diamkan sahaja hal itu, mungkin ibu anda ada sebab-sebab yang munasabah. Wallahua'alam.
"Salam...boleh saya tahu apakah maksud bermimpi dengan
lelaki yang berumur...lelaki tu minta saya berubat bahu kanan.dia katakan saya
ada sihir di bahu kanan."
Wlksm. Yang memberitahu itu ialah manusia atau jin, dan
memang anda disihir (atau terkena sihir) di bahu kanan. Wallahua'alam.
“Saya bermimpi melihat lipan dikerumuni semut merah.”
Jika lipan itu masih hidup, maksudnya ada wanita yang tidak
senang dengan anda dan wanita itu ada ramai orang di sekelilingnya, tetapi
orang-orang itu lemah. Wallahua’alam.
Subscribe to:
Comments (Atom)

