http://www.youtube.com/watch?v=M0bxOoLn4Hg
Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang
Posted by Alexanderwathern | 12:21 PM | Jin, Saka | 0 comments »
Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan
pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab
yang menarik untuk kita ketahui, sebagai pengkayaan maklumat. Antara
sebab-sebabnya :
1. Cuba membantu
leluhur mereka hidup lebih selesa di alam sana. Mereka percaya nenek moyang
mereka boleh dan perlu dibantu oleh anak cucunya yang masih hidup. Oleh itu ada
amalan-amalan atau upacara-upacara tertentu yang dapat memberi manfaat kepada
datuk nenek mereka yang sudah meninggal dunia.
2. Sebagai
tanggungjawab dan bukti kasih sayang bagi orang yang masih hidup di dunia, dengan
membantu leluhur mereka yang hidup di alam sana. Anak cucu yang buat tidak
endah sahaja akan amalan ini dipandang sebagai tidak menghormati dan tidak mengenang
jasa datuk nenek.
3. Agar terselemat
daripada daripada diganggu oleh ruh-ruh leluhur mereka. Hal ini sering
menjadi tujuan utama. Sebenarnya pemujaan yang dilakukan ialah untuk
menyenangkan hati saka (jin) yang telah lama bersama-sama keturunan mereka. Mereka
sangkakan ruh-ruh itu ialah nenek moyang
mereka, padahal itulah jin-jin yang mengambil rupa nenek moyang mereka.
Kononnya jika tidak dilakukan pemujaan, nenek moyang
mereka akan marah dan mendatangkan pelbagai kesusahan kepada mereka seperti
merasuk, memiskinkan, menyakitkan dan sebagainya. Upacara-upacara itu
dipercayai dapat mententeramkan ruh-ruh nenek moyang yang sebenarnya ialah jin-jin yang menjadi
saka untuk sesuatu keturunan itu. Saka-saka inilah yang mengamok sekiranya
tidak dipuja. Sebab itu jarang kita dengar kaum (agama) yang memenuhi tuntutan
saka itu kerasukan, sebaliknya kaum yang cuba membuang sakalah yang sering
kerasukan dan sakit misteri.
4. Untuk
memberitahu leluhur mereka yang sudah mati itu bahawa anak cucu mereka di dunia
baik-baik sahaja. Hal ini dipercayai dapat mententeramkan nenek moyang.
5. Mengharapkan
para leluhur itu berasa senang hati lalu memberkati anak cucu yang masih hidup
di dunia. Dengan itu hidup anak cucu akan jadi bertuah dan lebih bahagia.
Menyentuh maklumat nombor 3, orang-orang Islam sendiri
pun ada juga yang terpedaya. Contohnya mereka bermimpi bertemu arwah datuk,
bapa saudara, ibu, moyang dan lain-lain yang mereka sangkakan benar-benar
leluhur mereka. Padahal dalam banyak kes, itulah jin-jin yang sudah sekian lama
bersama dengan keturunan mereka. Jin-jin itu sudah menjadi saka dan ada
kebolehan mengambil /meniru rupa nenek moyang kita.
Kemudian
makhluk-makhluk itu meninggalkan pesan kepada kita seperti supaya mengadakan
kenduri pada sekian-sekian masa, menjaga sesuatu barang peninggalan mereka, melakukan
amalan-amalan tertentu termasuklah yang berisi amalan-amalan keagamaan, masak
makanan tertentu, sampaikan kepada orang lain hal-hal tertentu dan sebagainya.
Padahal jika mereka melaksanakan hal-hal itu, sebenarnya mereka sedang memenuhi
tuntutan jin-jin saka itu tanpa mereka sedari. Sebaliknya, jika mereka enggan
melakukan permintaan-permintaan “nenek moyang” itu tadi, “nenek moyang”
(jin-jin le tu)akan mengganggu anak cucu seperti menyakitkan salah seorang, mengganggu
akal, merasuk dan sebagainya.
Jadi tidak hairanlah jika kita sering terdengar orang
mengatakan : “Eh, kenapa asyik kaum (agama) kita je yang kena rasuk, kena
gangguan saka, tapi kaum-kaum lain tak kena pun?” Jawapannya, kerana mereka berusaha
memenuhi tuntutan saka-saka itu sedangkan kita berusaha untuk membuangnya. Orang
yang hendak membuang atau tak mahu memenuhi tuntutan saka itulah yang akan
diganggu oleh saka. Umumnya itu semua bukan tok nenek kita walaupun rupa mereka
sama dengan tok nenek kita, tapi itulah jin-jin yang mengiringi keturunan kita.
Oleh itu, janganlah mudah percaya bahawa yang datang
menemui kita dalam mimpi itu ialah ibu bapa tok nenek kita. Tanyakan kepada
orang-orang soleh terlebih dahulu.
Abu Zulfiqar
8 Februari 2013
Semua karya (kuliah, ceramah,
artikel) Abu Zulfiqar dari seluruh
internet (dari blog Debunga Teratai Syurgawi, Ikhtiar Muslim, Bermesra Dengan
Kebenaran Mutlak, Youtube dan lain-lain) kini dikumpulkan setempat di http://alamsyari.forumms.net/ . Tuan-tuan dijemput berziarah. (Laman ini bolehlah
dianggap sebagai pengganti kepada laman Myalexanderwathern yang musnah beberapa
tahun lalu). Jom kita : )
Download Koleksi Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar 1-40
Posted by Alexanderwathern | 9:58 AM | 0 comments »Himpunan Tazkirah FB saya boleh dibaca/download/print di http://www.scribd.com/doc/110684528/Tazkirah-Facebook-Abu-Zulfiqar-bil-1-40
Semoga bermanfaat.
PERSOALAN :
Assalamualaikum,
Saya nak tanya tentang memagar rumah ni. Rakan saya pernah beritahu saya, keluarganya menggunakan kaedah memegar rumah ini (cara apa saya tidak pasti) tapi apa yang dia beritahu saya, semua benda takkan masuk termasuk rezeki. Apakah ini antara kesannya memagar rumah atau mungkin ada sesuatu yang harus diperbetulkan?
Saya nak tanya tentang memagar rumah ni. Rakan saya pernah beritahu saya, keluarganya menggunakan kaedah memegar rumah ini (cara apa saya tidak pasti) tapi apa yang dia beritahu saya, semua benda takkan masuk termasuk rezeki. Apakah ini antara kesannya memagar rumah atau mungkin ada sesuatu yang harus diperbetulkan?
JAWAPAN :
Wlksm R,
Ketika 'memagar' rumah, kita niat dan doa supaya rumah tidak dimasuki makhluk-makhluk yang berniat jahat dan anasir-anasir yang tidak kita ingini terutamanya sihir. Saya tak fikir ia akan menolak rezeki kerana belum pernah mendengar kes sebegitu.
Ada kemungkinan kaedah 'memagar' yang dilakukan itu tidak selaras dengan kehendak agama seperti menggunakan khidmat jin, guna bahan haram/najis, bacaan/ amalan yang bertentangan dengan agama dan lain-lain. Sebab itulah rezeki pun tersekat.
Boleh jadi juga tidak ada kaitan antara tak masuk rezeki dengan memagar rumah, cuma ia secara kebetulan. WA.
Ketika 'memagar' rumah, kita niat dan doa supaya rumah tidak dimasuki makhluk-makhluk yang berniat jahat dan anasir-anasir yang tidak kita ingini terutamanya sihir. Saya tak fikir ia akan menolak rezeki kerana belum pernah mendengar kes sebegitu.
Ada kemungkinan kaedah 'memagar' yang dilakukan itu tidak selaras dengan kehendak agama seperti menggunakan khidmat jin, guna bahan haram/najis, bacaan/ amalan yang bertentangan dengan agama dan lain-lain. Sebab itulah rezeki pun tersekat.
Boleh jadi juga tidak ada kaitan antara tak masuk rezeki dengan memagar rumah, cuma ia secara kebetulan. WA.
Abu Zulfiqar
Subscribe to:
Comments (Atom)

