MagzNetwork

Mimpi Gangguan Syaitan

Posted by Alexanderwathern | 10:35 AM | | 0 comments »

Mimpi ini kualami pada awal bulan Mac 2011 lalu. Aku berada di dalam sebuah rumah di kampungku. Tiba-tiba aku ternampak seorang wanita yang sederhana cantiknya sedang terapung-apung di luar tingkap. Terus aku ketahui bahawa makhluk itu ialah jin betina. Dalam mimpi itu aku menyebutnya sebagai pontianak.

Aku pun membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menghalaunya. Sambil itu aku berjalan ke arah tingkap. Ternyata usahaku berhasil kerana jin betina itu kelihatan tidak selesa dan beredar ke arah halaman depan rumah.

Ketika aku menjengukkan kepada ke luar tingkap, sakit betul hatiku melihat lenggang-lenggoknya yang selamba badak. Dia berjalan di tanah dengan bersahaja. Ketika itu dia sudah berubah rupanya menjadi makhluk buruk lagi hodoh, malah berbogel. Nasib baiklah aku terlihat bahagian belakang badannya, kalau dari arah hadapan, mahu aku termuntah dek buruknya rupa jin betina itu.

Terus aku serang dengan Jurus Dua Kalimah Syahadah. Pada awalnya nampak mendatangkan kesan kesakitan, tapi kemudiannya dia seolah-olah sudah membina perisai diri. Dia mula berpaling dengan senyum sinis. Goncang juga aku ketika itu, tapi aku terus melawan...

Aku terjaga dari tidur.

Setakat ini belum dapat apa-apa gerak. Rasa-rasanya mimpi ini sekadar gangguan biasa syaitan-syaitan.

Abu Zulfiqar

8 Mac 2011

Catatan Ringkas Sepanjang Februari 2011

Posted by Alexanderwathern | 12:54 AM | | 0 comments »


1. Dihempap bebanan dakwah yang besar. Cuba menyusun jadual. Hasilnya... tidak ada ruang waktu untuk tidur langsung. Kerja yang ada lebih banyak daripada masa yang ada. 24 jam sehari tidak mencukupi. Terpaksa korbankan sebahagian besar daripada matlamat yang sepatutnya boleh dan memang mampu dicapai. Dapatlah ruang untuk tidur 3 jam sehari. Namun... faktor usia, tenaga dan kesihatan tetap membuatkan keperluan kepada tidur sekurang-kurangnya sekitar 5 jam sehari. Entahlah...

2. Kesuntukan waktu sehari-hari menyebabkan amalan harian tidak teratur. Wirid pagi, petang dan malam yang diusahakan sebagai benteng dan pembina kekuatan roh sering saja gagal dihabiskan. Kesannya... pertahanan lemah dan sering tembus. Sekitar Februari ini sudah beberapa kali ‘diserang’. Sebelum ini, wirid harian memang kemas.

3. Antara serangannya datang dari rumah lama di kampung. Sebahagian orang tua dulu-dulu suka amal itu ini yang tak selaras dengan kehendak agama, mengharapkan ‘sesuatu’ menjaga keluarga mereka. Yang menerima, dia tak kacau. Yang menentang, itulah yang dicarinya. Sudah lama benar mereka tidak buat hal, suatu malam datang dalam mimpi. Berdua. Sanak-saudara sendiri, memang kenal sangatlah. Mereka pun tak nampak macam hendak menyelindungkan diri. Anak-anak pun turut dicubanya. Selepas dilakukan sedikit amalan (kasi sakit sikit), mereka tidak datang lagi. Alhamdulillah syukur.

4. Diserang oleh seorang ‘ustaz’ dan pembantunya, melalui mimpi juga. Agaknya marah sebab ada anak muridnya yang tidak mahu bersama mereka lagi, selepas bertanyakan hal ehwal agama kepada saya. Manalah tahu, orang tanya kita jawab sahaja. Tak tahu pun si penanya ada ikut mana-mana kumpulan. Sungguhpun begitu, memang elok ditinggalkan kerana ada ajaran mereka yang salah. Datang dengan wajah yang manis. Kedua-duanya berambut pendek, hampir-hampir botak. Berkopiah putih, berbaju Melayu dan berkain pelekat. Memang nampak macam orang baik-baik. Si ustaz memberi isyarat kepada pembantunya, pembantunya yang manis muka juga datang dengan baik dan duduk di belakang. Tiba-tiba dua jarinya menekan leher, punyalah sakit. Setelah terjaga pun sakit lagi. Kubalas sedikit, sebagai amaran. Tiada niat mahu memanjangkan permusuhan. Oleh itu, jangan berbalas-balas lagi. Terpulanglah jika mahu berpegang terus dengan kepercayaan selama ini.

5. Dua malam berturut-turut badan panas lain macam. Tak tahu puncanya. Tidak sihatkah? Sihirkah? Jinkah? Apakah? Bahagian atas badan panas perit, terutamanya pada kulit. Rasa-rasanya belum pernah panas badan seperti itu. Kemuncaknya selepas Isya’ hingga ke selepas tengah malam. Malam ketiga nampak macam nak jadi juga, tapi akhirnya menghilang.

6. Tidak cukup tidur menyebabkan setiap hari sakit kepala, pening (nampak alam tak stabil), sakit urat-urat badan dan pernafasan jadi semput. Begitulah setiap hari, tidak terkecuali walau sehari sekitar bulan dua ini. Punca lainnya ialah ketidakteraturan makan makanan tambahan. Bahkan beberapa hari langsung tidak makan. Sebelum ini teratur, dengan madunya, spirulina, tongkat ali, vitamin C, mengkudu dan lain-lain. Wirid harian hanya habiskan ayat-ayat asas (lebih kepada benteng), sedangkan ayat-ayat syifa’ (perubatan dan penyembuhan) tak sempat hendak dibaca. Maka kesembuhan pun lambat dan mungkin tidak berlaku. Riadah? Langsung tak ada ruang...

Masalah Selepas Mandi Limau

Posted by Alexanderwathern | 11:39 AM | , | 0 comments »

SOALAN

Assalamualaykum,
Selepas saya mandi air doa berlimau,,tabiat bangun lambat waktu pagi bertambah baik, Alhamdulillah..
tapi... dada rasa di tekan, rasa seperti sesuatu berjalan dalam badan, sejuk di dada, rasa ajal dah sampai tetap masih ada..

Apakah langkah yang seterusnya perlu saya lakukan..?
Terima kasih..

JAWAPAN

Waalaikumsalam.

Alhamdulillah syukur, ada perubahan positif atas usaha dan ikhtiar yang dilakukan.

Tuan pernah dapatkan rawatan dari mana-mana perawat tak? Dalam kes macam ni, saya cadangkan tuan dapatkan rawatan, nanti perawat akan meruqyah. Dari situ mungkin perawat dapat mengesan masalahnya dan mencadangkan tindakan lanjut.

Tuan boleh juga amalkan amalan pendinding (10 Bacaan Asas Ikhtiar Muslim) yang mudah di bawah ini:

1. Dua kalimah syahadah

2. Selawat 3x

3. Istighfar 3x

4. Bismillaahillazhi laayadhurru ma’asmihi syai’unn fil ardhi wa laa fissamaa i wa huwassamii’ul ‘aliim 3x

5. Laa haula wa laa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim

6. (A’uzhubillaahiminasysyaitaanirrajiim +) Al-Fatihah

7. Ayat Kursiy

8. Al-Ikhlaas 3x

9. Al-Falaq 3x

10. An-Naas 3x

Kesemuanya dibaca pada waktu pagi sekali (sebaik-baiknya selepas Subuh) dan pada waktu petang sekali (sebaik-baiknya selepas Asar). Boleh ditambah dengan apa-apa bacaan yang disukai.

Kemudian sebelum tidur buat amalan di bawah:

“Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)

Yang penting, istiqamah (berterusan) melakukannya.

Selain itu, saya galakkan juga tuan cuba dapatkan nasihat doktor, kerana kadang-kala masalah yang kita hadapi berkaitan dengan sakit fizikal.

Semoga ada perubahan yang lebih positif.

Abu Zulfiqar

Mac 2011

Mimpi Labah-labah Berbisik

Posted by Alexanderwathern | 4:30 AM | | 0 comments »

SOALAN:

Mimpi perihal labah-labah. Tahun 2008. Sebenarnya labah-labah ni dah lama ikut saya dalam mimpi tidur dan setiap kali itulah saya berjaya mengelak dari serangannya. Hinggalah pada tahun 2008. Labah-labah ni berjaya mendarat di atas ubun-ubun kepala lalu merayap ke sebelah kanan sampai ke telinga kanan dan berpusing-pusing mengelilingi lubang telinga kanan saya. Tidak berapa lama kemudian, labah-labah itu berkata-kata, yang saya ni bukan keturunan albatu. Lalu serangga bertubuh kurus, banyak kaki dan berwarna serba hitam ini mahu memberikan bacaan hadis dan Al-Quran (ayat zikir) kepada saya. Tapi, saya terkejut. Tak sempat menerima kedua-dua bacaan tersebut.

JAWAPAN:

Maksudnya ada seorang yang tak baik kelakuan dan agamanya (*tapi nampak macam agamawan) cuba untuk mempengaruhi saudara.

Abu Zulfiqar

26 Februari 2011

Mimpi Kemusnahan dan Pintu Gerbang

Posted by Alexanderwathern | 4:28 AM | | 0 comments »

MIMPI

Seorang hamba Allah bermimpi melihat sebuah bandar yang musnah, seakan-akan baru lepas perang. Api-api kecil dan asap masih kelihatan. Kemudian dia berjalan di sebatang jalan lurus di bandar itu. Dia ternampak di sebelah kanannya sebuah pintu gerbang. Pada pintu gerbang itu ada tertulis dalam warna hitam nama Arif ibnu Tan.

Hamba Allah ini minta saya ta’birkan mimpinya, hubungan mimpi itu dengan dirinya dan maksud nama yang tertulis di pintu gerbang itu. Adakah nama itu berkaitan dengan nama Syarif bin Tamin. Katanya dia berasa gerun dengan mimpi ini.

JAWAPAN

Pada pandangan saya, mimpi itu bermaksud ada penguasa yang zalim, yang dikelilingi oleh huru-hara. Saling tak ubah macam yang berlaku di Libya ke atas Ghaddafi setakat hari ini (24 Februari).

Pintu gerbang membawa maksud penguasa. Api dan asap bermaksud perang dan huru-hara. Hubungan encik dengan maksud mimpi ini, saya tak tahu. Tafsir nama bertulisan hitam itu pun saya tak dapat. Arif maksudnya bijak. Syarif maksudnya mulia. Kaitan nama Arif bin Tan dengan Syarif bin Tamin, saya tak dapat tahu juga.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

24 Februari 2011