Kuliah - Mengapa Wanita yang Mudah Kerasukan?
Posted by Alexanderwathern | 10:48 AM | Audio Video, Jin, Kerasukan, Kuliah Abu Zulfiqar | 0 comments »Belajar-belajarlah Amalan 'Ikhtiar Muslim'
Posted by Alexanderwathern | 11:15 AM | Pengalaman, Penyelesaian Masalah, Perawat | 0 comments »Mari kita renungkan dalam-dalam:
1. Bersiap-siap ke tempat rawatan- mungkin lebih kurang 15 minit.
2. Perjalanan ke tempat rawatan- mungkin 30 minit.
3. Menunggu giliran kita mendapat rawatan- mungkin 20 minit.
4. Masa kita menjalani rawatan - mungkin 20 minit.
5. Perjalanan pulang - mungkin 30 minit
6. Wang keluar- makan minum, minyak kereta, hadiah/ bayaran kepada perawat...
Kadang-kadang sakit ita itu sikit saja, tapi sudah jadi amalan kita juga untuk pergi mendapatkan khidmat rawatan, baru puas hati. Berapa banyak masa dihabiskan untuk mendapat rawatan? Fikir-fikirkan.
Sebab itu blog Ikhtiar Muslim mempromosikan rawatan/ ikhtiar sendiri terlebih dahulu, kecualilah masalah yang dihadapi memang memerlukan rawatan segera dan oleh mereka yang berkebolehan.
Bukankah lebih baik kita usahakan sendiri terlebih dahulu? Bacalah apa-apa ayat atau doa yang mudah. Antaranya al-Fatihah, ayat Kursi, selawat, selawat syifa', 3 qul dan lain-lain. Fikirlah apa-apa petua yang mudah dan carilah bahan-bahan ataupun alatan dari sekeliling.
Antaranya, kita boleh laukan solat sunat hajat mohon dihilangkan segala kesakitan ataupun gangguan. Boleh juga praktikkan salah satu kaedah sunnah iaitu KLIK SINI.
Kadang-kadang, dalam masa 20 minit saja kita berusaha, masalah kita sudah selesai, tanpa mengeluarkan wang. : )
Bacaan Merawat Diri Sendiri
Posted by Alexanderwathern | 10:37 AM | Fadhilat Bismillah, Fadhilat Doa, Perawat | 0 comments »Dari Usman bin Abil ‘As, bahawasnya dia mengadukan penyakit yang terjadi pada jasmaninya sejak dia masuk Islam kepada Rasulullah saw. Maka Nabi saw berkata:
“Letakkan tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit dan bacalah: Bismillah. Bismillah. Bismillah.
(Muslim)
*Boleh saja membaca "Bismillah" ataupun "Bismillaahirrahmaanirrahiim".
* Sebahagian perawat menyarankan kita membaca "A'uuzubu'izzatillaah...." 7 kali dalam satu nafas sahaja.
SITUASI
Kita pergi mendapatkan rawatan alternatif. Perawat menggunakan telur ayam. Biasanya telur ayam itu akan digolekkan pada bahagian-bahagian tertentu di tubuh kita. Doa dan gaya mengubat pun 'dilakonkan' oleh perawat untuk mengukuhkan kepercayaan kita kepadanya.
Kemudian perawat akan memecahkan telur ayam itu dan menunjukkan barang di dalamnya. Antara barang yang biasa terdapat ialah jarum, darah, minyak dan lain-lain. Perawat mendakwa dia mengeluarkan/ menarik barang-barang itu dari dalam tubuh kita.
HASILNYA
Kita pun percaya sungguh-sungguh dan kagum dengan kebolehan si perawat. Dari segi psikologi, kita terangsang untuk merasakan yang diri kita semakin sihat, paahal dia tidak merawat apa-apa pun. Kita juga dengan mudah akan menghadiahkan si perawat dengan wang ringgit.
PENDEDAHAN
Barang-barang itu sudah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam telur tadi. Biasanya mereka akan menebuk satu lubang yang halus di hujung telur lalu memasukkan barang-barang yang sesuai dengan lubang itu. Kemudian mereka akan menampal lubang kecil itu semula.
Salah satu cara untuk mengenal pasti yang mereka sedang menipu ialah ketika mereka menggolekkan atau melalukan telur itu ke tubuh kita. Ketika itu jari mereka akan memegang hujung atas dan bawah telur, hanya bahagian tengah telur yang digolek. Mengapa? Kerana mereka tidak mahu kita terlihat bahagian yang mereka tampal.
Jarum- memang lolos dimasukkan melalui lubang kecil yang dibuat.
Bahan-bahan cecair (darah, minyak)- disuntik masuk.
*Harap difaham, kita tidak menuduh semua yang menggunakan teknik ini sebagai penipu, cuma mendedahkan mereka yang menipu sahaja. Yang tidak terlibat tidak perlu terasa hati.
Wallahualam.
Ketika mula berjinak-jinak dengan kaedah rawatan berteraskan doa lapan atau sembilan tahun lalu, saya dapati sebahagian perawat mengatakan jin-jin yang merasuk sebagai Iblis. Saya tidak berpendapat begitu. Setahu saya Iblis hanya satu, iaitu yang nama sebenarnya ialah Azazil. Azazil inilah yang tidak mahu sujud kepada Adam lalu dilaknat dan dikenali dengan nama Iblis. Roh-roh jahat yang merasuk itu pula bukanlah Iblis, melainkan jin-jin.
Iblis jarang-jarang turun padang mengganggu manusia. Sesekali saja dia pergi untuk merosakkan para nabi, para wali dan orang-orang soleh. Untuk manusia biasa, umumnya Iblis hanya menghantar tentera-tenteranya, itu pun tentera bawahan. Iblis dan pegawai-pegawai atasannya sibuk bersuka ria di istana-istana besar mereka, biasanya di tengah lautan.
Beberapa tahun kemudian, saya dapati kebanyakan perawat sudah berfaham sebaliknya. Mereka tidak lagi mengatakan jin-jin itu sebagai Iblis. Mereka sudah boleh memahami bahawa Iblis hanya satu, yang banyak ialah jin-jin. Kiranya pandangan saya dulu memang benar. Tamat.
Dalam salah satu ceramah seorang perawat tersohor tanah air, saya dapati pula satu lagi percanggahan pandangan. Perawat ini mengatakan Jaan dan Iblis (Azazil) ialah peribadi yang sama. Sefaham saya, kedua-duanya ialah peribadi yang berlainan.
Jaan ialah jin pertama diciptakan Allah daripada nyalaan api. Adam pula ialah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah.
Anak cucu Jaan dikenali sebagai jin. Anak cucu Adam pula disebut manusia.
Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Jaan, lahir satu jin yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Iblis. Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Adam pula lahir seorang manusia yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Dajjal. Iblis dan Dajjal menjalinkan kerjasama erat untuk merosakkan umat manusia.
Umur Jaan sangat tua, jauh lebih tua daripada Azazil/ Iblis. Sefaham saya juga, berita-berita tentang Jaan ini sudah tidak kedengaran di dunia Jin. Hal ini memungkinkan si Jaan sudah meninggal dunia. Tapi berita-berita tentang Iblis sangat masyhur sampailah sekarang, menunjukkan dia masih merajai dunia kegelapan.
Biasalah, khilaf. : )

