Dalam sebulan lepas...
Malam pertama - Sesuatu masuk ke dalam mimpi, tapi dia tak buat apa-apa melainkan main pandang-pandang, jeling-jeling dan senyum-senyum. Muka ala-ala tengkorak lembu.
Malam kedua - Masuk lagi. Kali ni berlawan. Jurus pun tak kena, dia lari menyorok tepi dinding. Siap ketawa lagi. Lepas tu dia beredar.
Malam ketiga - Nekad nak tunggu walaupun badan semakin tak sihat... tapi dia tak masuk dah. Lega :)
Dua malam lepas ...
Antara lena tak lena, terjaga tengah malam. Nampak cahaya lampu bilik air, ruang tamu dan dari tingkap walaupun sikit-sikit, sebab semua pintu dan tingkap bertutup. Suasana biasa jika terjaga tengah malam.
Terjaga kali kedua, hitam gelap sekeliling. Balck-out le pulak. Langsung tak nampak apa. Tapi... baru terfikir...bunyi kipas angin berputar masih kedengaran dan air-cond masih berbunyi tanda sedang beroperasi. Maksudnya... tak black out le.
Rupa-rupanya 'kawan' tutup habis keliling. Sebesar mana dia mampu besarkan diri dia tak tahulah. Cuba nak bangun melawan, tak boleh. Punyalah lama. Baca macam-macam. Dah lama baru dapat bangun. Elok "kawan tu" pun dah beredar. Biarlah, sekadar nak main lindung-lindung, tak payahlah berpanjang-panjang.
Malam semalam...
Salah seorang anak kata nampak buaya (terbang) dalam rumah. "Tekan punya tekan", dia mengaku saja-saja buat cerita. Budak ni le... (tapi risau juga kalau-kalau memang betul dia nampak, tapi sebab kita "tekan" tu dia tarik balik le ceritanya). Wallahualam.
Tidur malam semalam... mai pulak bergolek di sebelah, siap peluk lagi. Ingatkan orang rumah, buat biasa lah. Dah lama sikit baru perasan, muka buruk, dah tua. Lepas tu dia pergi, tak sempat nak pukul jarak dekat, ikhtiar jarak jauh, harap-harap dia dapat pengajaran.
Malam ni? Tunggu je la. Harap-harap tak datang dah. Nak berehat pun susah.
Kejadian bermula jam 10 malam ketika dua anggota wanita daripada satu kontinjen sedang mengadakan persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19, tiba-tiba menjerit sebelum pengsan, diikuti beberapa lagi anggota lain menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.
“Kehadiran lima pengamal perubatan Islam berhasil memulihkan keadaan yang terkawal jam 12.30 tengah malam.
Sebahagian mangsa dipulihkan dalam khemah, selebihnya dibawa ke Masjid Jamek Port Dickson di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu, malam kelmarin.
Seramai 1,300 pegawai dan anggota membabitkan 14 kontinjen seluruh negara menyertai himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.
Tarian ada unsur seru
Pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam al-Hadj, Muhamad Nur Hafiz Azmi, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada tarian kuda kepang dan ulik mayang yang dipersembahkan kerana mempunyai unsur menyeru makhluk halus.
Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata mereka yang diserang histeria dipercayai terlalu teruja membuat persembahan, selain penat akibat cuaca panas kerana lokasi yang terlalu hampir dengan laut.
Mangsa histeria yang juga anggota JPAM dari Perlis, Nazar Mohd Amin, 22, mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari bayang-bayang di belakangnya dan sebaik menoleh, dia ternampak beberapa kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna-warni sedang menari bersama mereka.
“Saya tetap teruskan persembahan, walaupun dalam keadaan takut, namun sempat juga berzikir sebelum pengsan.
Apabila tersedar satu jam kemudian, saya sudah pun berada di dalam khemah dan dikelilingi rakan lain,” katanya. sumber
Menjelang Khatam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Bab Ilmu)
Posted by Alexanderwathern | 10:50 AM | PENGUMUMAN | 0 comments »Insya-Allah berkesan, dan terbukti.
1. Bacaannya ialah Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi saw.
2. Bahannya ialah herba keluaran HPA bernama Coscinium.
3. Pantangnya ialah limau tidak berulas (seperti limau sunkist dan seumpamanya) dan kopi. Sepanjang tempoh penyembuhan, jangan makan langsung limau tidak berulas. Kalau teringin juga minum kopi, minumlah sehirup dua. Tapi jika tak minum langsung lebih baik. Setahu saya, kalau makan limau itu atau minum kopi, sekejap nanti datang baliklah rasa gatal hidung, telinga, mata, berhingus dan terbersin.
Cara makan bahan (Coscinium) :
1. Dalam lebih kurang 40 hari pertama, makan dua kali sehari. 1 biji pil pagi dan 1 pil petang/malam. Jika serius resdungnya, makan 2 pil. Kena banyak minum air kosong.
2. 40 hari kedua (lebih kurang), makan sekali sehari sahaja.
3. 40 hari ketiga (lebih kurang), makan sebiji pil sahaja sehari. Yang pentingnya istiqamah setiap hari.
4. Selepas itu, makan apabila perlu sahaja.
Dengan izin Allah, amalan seperti yang saya cadangkan di atas berjaya menyelesaikan masalah resdung seorang hamba Allah beberapa tahun lalu. Sebelum itu, bangun pagi sahaja, 20 minit dia kena peruntukkan masa untuk buang hingus sahaja. Dalam 20 minit itu, bersin bertalu-talu dan kadang-kadang 6-7 kali bersin sederet. Punyalah seksa pada waktu Subuh.
Sudah lebih kurang dua tahun dia tak perlu makan herba Coscinium lagi, boleh makan limau tidak berulas dan boleh minum kopi. Makanan laut dan makanan gatal semua boleh makan. Bangun Subuh tanpa hingus dan bersin. Tapi dia tetap menyimpan sedikit herba Coscinium, sebagai persediaan kalau-kalau terasa macam tanda-tanda resdung nak jadi, terutamanya kalau makan banyak limau tidak berulas atau banyak minum kopi pekat. Itu pun purata 2-3 bulan sekali baru telan sebiji pil Coscinium.
Doa dan usaha.
Penjelasan Terhadap Dakwaan2 Lily Hashim
Posted by Alexanderwathern | 11:02 PM | PENGUMUMAN | 0 comments »Untuk mengelakkan daripada menghabiskan banyak masa menjawab berkali-kali, maka di sini saya kongsikan pembelaan saya beserta bukti-buktinya. Kepada yang sedang bertanya dan belum berjawab, dan kepada yang bakal bertanya, saya akan beri link terus ke artikel ini. Senanglah sikit kerja saya.
Saya yakin, masih ada lagi dalam kalangan mereka yang tidak bertanya kepada saya situasi sebenar yang tersalah faham dan ada juga yang percaya bulat-bulat segala dakwaan Lily Hashim kerana mereka hanya berkesempatan mendengar cerita sebelah pihak. Oleh itu, di sinilah tempat untuk anda mengetahui cerita sebenar, beserta dengan bukti-buktinya.
Lily Hashim mendakwa saya ada melakukan beberapa perkara yang tidak saya lakukan, tetapi apabila diminta bukti berkali-kali, semuanya gagal diberi sehinggalah ke hari ini. Di Facebook, saya memberikan 3 kali peluang untuk Lily Hashim memberikan bukti-bukti ke atas dakwaan-dakwaannya, jika tidak, saya terpaksa 'unfriend'. Tetapi setiap kali dia menulis, hal lain yang ditulis. Selepas 3 kali dia mengelak, maka saya dengan berat hati terpaksa 'unfriend'. Namun begitu, saya sudah maklumkan kepadanya bahawa pada bila-bila masa sahaja boleh 'friend' semula apabila dia sudah bersedia dengan bukti-bukti yang diminta. Malangnya sehingga ke hari ini masih belum ada (*mencari bukti-bukti yang tidak ada memanglah tidak akan berjumpa).
Dalam usaha untuk membersihkan nama saya, maka saya terpaksa memberikan penjelasan beserta bukti-bukti bergambar. Semoga dengan penjelasan ini dapatlah mencerahkan situasi sebenar.
1. Kami tidak pernah bergaduh.
2. Kami pernah bertukar-tukar pandangan soal hukum-hakam muzik, bukannya pasal Syeikh Harari.
Semoga para pembaca dapat memahami situasi sebenar. Dengan ini jelaslah bahawa dakwaan Lily Hashim ini tidaklah benar melainkan cerita rekaannya sahaja.
PERKARA 2 - DAKWAAN KONONNYA ABU ZULFIQAR AL-AMSYARI MENYANGGAH USTAZ FAEZ AL-'AYDRUS
Seterusnya Lily Hashim mendakwa Abu Zulfiqar Al-Amsyari ada menyanggah Ustaz Faez Al-Aydrus. Hakikatnya, saya tidak menyanggah apa-apa, malahan tak pernah komen pun pada mana-mana tulisan Ustaz Faez. Seingat saya sebelum ini berkenalan pun kami tidak pernah, saling bertulisan pun tidak pernah. Wallahua'lam.
Dengan bukti-bukti bergambar, insya-Allah akan terpamer juga kedudukan yang sebenar. Bahkan sudah berkali-kali saya meminta bukti daripada Lily Hashim kononnya saya ada menyanggah Ustaz Faez, sehingga ke hari ini belum ada satu bukti pun yang diberikan olehnya.
Berikut ialah bukti tulisan (dakwaan) Lily Hashim yang mengatakan saya ada menyanggah Ustaz Faez itu :
Kata Lily Hashim : "... dia (Abu Zulfiqar) juga menyanggah Syed As-Sayyid Faez Al-'Aydrus dalam isu Mesir dan Ikhwanul Muslimin Salafi Wahhabi."
Di mana tempat yang dikatakan saya menyanggah Ustaz Faez ini? Sudah tahu tempatnya barulah boleh kita selidik benarkah berlaku sanggahan itu. Tempatnya ialah di wall Facebook Lily Hashim. Buktinya, Lily Hashim sendiri menulis :
PERKARA 3 - BENARKAH ABU ZULFIQAR ADA MENDOAKAN APA-APA YANG TIDAK BAIK KEPADA LILY HASHIM?
Ramai yang bertanya tentang hal ini, kerana mereka terbaca doa Lily Hashim ke atas saya yang nadanya agak kurang manis. Saya jelaskan, tidak pernah ada di mana-mana yang saya mendoakan apa-apa yang tidak baik kepada Lily Hashim. Sekiranya ada, bolehlah dibawakan buktinya.
Inilah doa Lily Hashim yang mereka maksudkan itu :
Bunyi doanya : "Ya Allah, bukakanlah pintu rahmatMu dan makbulkan doaku semoga dia dapat berubah, semoga virus bernama Abu Zulfiqar ini tidak dapat attack umat Islam dan semoga kuliahnya jika masih menabur fitnah ke atas saya takkan mendapat sambutan sehingga dia sedar perbuatan mengaibkan sesama pejuang Islam ASWJ demi ijtihad politik yang sempit sangat salah - aamin."
Pada saya, doa sebegini biasa sahajalah, dan tidaklah mengganggu saya pun kerana sudah biasa menerima doa-doa yang sangat buruk ketika berhadapan dengan puak-puak ajaran sesat, Syiah, anti-Hadis dan lain-lain. Tapi oleh kerana sahabat-sahabat yang membaca doa ini meminta penjelasan, maka saya berusahalah membela diri sekadarnya.
Tapi memang ada seorang sahabat saya (Encik N) yang terkena doa 'seseorang" yang doa itu sangatlah buruk isi kandungannya. Dia didoakan sebegitu hanya kerana dia menulis satu komen agar saya tidak perlu membuang masa melayan Lily Hashim.
Mari kita lihat doanya :
Siapa-siapa pun akan terkejut dengan doa yang sebegini buruk ke atas sesama umat Islam.
PERKARA 4 - KONONNYA ABU ZULFIQAR MENUDUH LILY HASHIM SEBAGAI WAHHABI
Dakwa Lily Hashim lagi, saya memfitnahnya sebagai Wahhabi. Ini kata-katanya : "Awak (*saya le tu) tuduh saya Wahhabi? Sedangkan Ibnu Nafis dah verify saya pernah bersama dia di MUAFAKAT untuk himpunan pejuang Islam ASWJ..."
PERKARA 5 - DAKWAAN KONONNYA ABU ZULFIQAR MENOLAK SYEIKHUL AZHAR
Pertama kali Lily Hashim menulis komennya di wall saya dalam isu ini ialah pada hari Rabu 10 Julai. Maksudnya paling awal pun Lily Hashim mendakwa saya menentang Syeikhul Azhar ialah pada 10 Julai itulah.
Dengan kuasa Tuhan, pada 6 Julai (4 hari sebelum dialog antara saya dengan Lily berlaku) berlaku dialog saya dengan seorang teman FB bernama Abu Syakir. Dalam perbualan kami, jelas-jelas menunjukkan saya tidak menolak Syeikhul Azhar. Inilah gambar dialog saya dengan Abu Syakir sebagai bukti.
Tuan-tuan boleh baca sendiri bagaimana jawapan saya yang membela Syeikhul Azhar (4 hari sebelum tuduhan Lily Hashim kononnya saya menentang Syeikhul Azhar) : "Tentang pandangan peribadi Syeikhul Azhar, dia juga bukan menolak Mursi dan menyokong tentera. Cuma dia berpandangan, sekiranya Mursi tidak turun, tentera akan mengganas dan dalam masa sekejap sahaja puluhan ribu orang akan terkorban. Jika Mursi turun, korban tetap berlaku tetapi tidak seramai kalau Mursi terus kekal, dan korban akan jatuh sedikit demi sedikit (*maksudnya tidaklah sekaligus ribuan orang). Contohnya (sekadar beri gambaran), jika Mursi kekal, dalam minggu ini sahaja mungkin puluhan ribu orang akan kehilangan nyawa. Tapi kalau Mursi turun, minggu ini mungkin baru ratus-ratus sahaja (*ternyata telahan saya itu benar-benar berlaku kemudiannya). Jadi, syeikhul itu atas ijtihad peribadinya memilih kemungkinan yang kurang buruk berbanding kemungkinan yang sangat buruk."
Jawapan ini saya berikan pada 6 Julai, sedangkan permasalahan saya dengan tulisan pertama saya dna Lily Hashim hanya berlaku pada 10 Julai dan ke atas.
Orang yang bermata hati tentu sedar bahawa saya tidak menentang Syeikhul Azhar. Encik N yang disebutkan di atas tadi pun memang tidak menghina Syekhul Azhar. Semua itu hanyalah cerita rekaan Lily Hashim untuk mendapatkan sokongan orang lain dan menunjukkan seolah-olah kami berdua memang jahat dan berbahaya.
bersambung... ada lagi... belum sempat menulis...