MagzNetwork

Mimpi Lipan

Posted by Alexanderwathern | 10:28 AM | | 9 comments »

SOALAN:

Saya bermimpi melihat ada banyak lipan. Suami saya berusaha membunuh lipan-lipan itu. Apa maksud mimpi saya itu?

JAWAPAN:

Ada seorang atau lebih wanita yang berusaha untuk mengenakan anda. Dia/ Mereka jenis wanita yang kurang agama, mengikut perasaan dan kurang tahu membezakan antara kebenaran dengan kebathilan. Namun anda akan dibantu oleh suami anda dalam menghadapi gangguan mereka.

Satu pesanan saya, anda jangan mudah-mudah menaruh syak kepada mana-mana wanita kecualilah jika memang ada bukti kukuh. Langkah yang perlu anda ambil ialah bersandar kepada Tuhan, banyakkan berdoa dan mengambil langkah berjaga-jaga di mana-mana sahaja. Juga akrabkan lagi hubungan dengan suami.

9 comments

  1. Nur Ashikeen // January 3, 2011 at 9:55 AM  

    saya khuatir kerana mimpi lipan...dalam keadaan itu saya merasa amat takut dengan memberanikan diri saya memegang lipan tersebut dan membuang bisa lipan tersebut,akan tetapi saya tidak membunuh lipan tersebut.apakah maksud mimpi saya...

  2. Alexanderwathern // February 12, 2011 at 12:03 AM  

    Pada pandangan saya, ada seorang wanita yang kurang senang dengan anda, tak tahulah apa sebabnya. Dalam menghadapi kerenahnya, anda bertindak dengan bijak dan berhemah.

    waAllahua'lam.

    Abu Zulfiqar
    12 Februaru 2011

  3. Unknown // September 15, 2012 at 7:51 AM  

    sy mimpi melihat seekor lipan berjalan menuju ke arah sy seakan utk sengat kaki. Tp yg sy lihat kaki sy disengat oleh lebah. Suami sy pula berusaha keluarkan bisa sengat lebah tersebut dr kaki sy. Boleh sy tahu maksud mimpi tersebut

  4. Unknown // September 15, 2012 at 7:52 AM  

    sy mimpi melihat seekor lipan berjalan menuju ke arah sy seakan utk sengat kaki. Tp yg sy lihat kaki sy disengat oleh lebah. Suami sy pula berusaha keluarkan bisa sengat lebah tersebut dr kaki sy. Boleh sy tahu maksud mimpi tersebut

  5. Alexanderwathern // September 27, 2012 at 1:29 AM  

    Azreena Zamri. Mimpi itu bermaksud anda berasa ada seorang wanita yang tidak senang dengan anda, tetapi sebenarnya hal itu hanyalah anggapan sedangkan dia tidak begitu. Kemudian anda berjaya memperolehi wang (atau seumpamanya) setelah bersusah-payah untuk mendapatkannya.Wang itu hendaklah dibelanjakan dengan bijaksana. Waallahualam.

  6. Immortal8008 // May 2, 2013 at 12:44 PM  

    Mimpi lipan berjalar di atas badan dengan diperhatikan oleh ibu saya tp beliau tidak berbuat apa2..

  7. Unknown // May 5, 2013 at 3:32 AM  

    Saya bermimpi melihat lipan dikerumunin semut merah.

  8. Alexanderwathern // June 18, 2013 at 7:34 PM  

    "Saya bermimpi melihat lipan dikerumunin semut merah."

    Jika lipan itu masih hidup, maksudnya ada wanita yang tidak senang dengan anda dan wanita itu ada ramai orang di sekelilingnya tetapi orang-orang itu lemah. Wallahua'lam.

  9. Alexanderwathern // June 18, 2013 at 7:57 PM  

    "Mimpi lipan berjalar di atas badan dengan diperhatikan oleh ibu saya tp beliau tidak berbuat apa2.."

    Maksudnya ibu anda tahu ada seorang wanita yang kurang senang dengan anda tetapi dia diamkan sahaja hal itu, mungkin ibu anda ada sebab-sebab yang munasabah. Wallahua'alam.

Post a Comment