MagzNetwork

Kaki Anak Diserang

Posted by Alexanderwathern | 11:46 AM | , , | 1 comments »

Kami sekeluarga pulang dari sebuah rumah yang sedang dalam proses pemulihan (yang diusahakan oleh seorang perawat tradisional) kerana mengalami gangguan baru-baru ini. Tiba di rumah, anak perempuan saya terus masuk tidur.

Selang tak berapa lama, tiba-tiba terdengar suara anak perempuan saya memanggil saya berulang kali dari dalam bilik. Saya ingatkan dia sengaja mengada-ngada, jadi lambatlah sikit pergerakan saya ke bilik.

Tiba di bilik, dia mengaduh sakit kaki. Memang sebelum ini dia pernah sakit kaki jika banyak berlari atau bersukan pada siangnya. Saya pun menyapu minyat but-but dan memicit-micit bahagian yang sakit sambil membaca Bismillah dan selawat. Biasanya selepas satu dua minit dibuat begitu, beransur baiklah kakinya. Saya pun pergi meneruskan kerja saya.

Berasa tidak sedap di hati, saya pergi menjenguknya lagi. Rupa-rupanya dia masih kesakitan. Saya mula sangsi. Boleh jadi dia ada ‘terpijak’ ke apa ke tadi. Saya tanya, sakitnya bagaimana? Dia tak tahu nak terangkan keadaan sakit itu kerana lain daripada biasa. Tapi katanya seolah-olah jantung, ia mengepam. Tahulah saya, ada ‘sesuatu’ yang menyakitkan kakinya.

Saya pun membuat rawatan ringkas dengan ruqyah biasa. Bukan hendak berkurang, lagi sakit, sampai macam hendak meronta pula. Pelik juga. Biasanya kalau jenis liar ni, kita buat rawatan ringan pun ia/mereka akan pergi. Ini melawan pula.

Dalam keadaan begitu, barulah dia mula membuka mulut.

“Abi, bilik depan (di rumah yang sedang dipulihkan itu) memang tak boleh masuk ke?” Anak saya memang tahu yang bilik itu sedang dipulihkan.

“Ha’ah, memang tak boleh masuk (sampailah habis usaha pemulihan itu). Kenapa? Kakak ada masuk ke?”

“Tak. Tadi bola masuk ke bilik tu. Kakak kait dengan raket. Lepas tu kakak tarik dengan kaki yang sakit ni.”

Barulah jelas puncanya. Mulalah naik kebengangan kita. Aku tak kacau engkau, berani engkau kacau keluarga aku!

Sebenarnya saya sudah jarang merawat kerana banyak kesibukan urusan agama yang lain. Saya juga tidak bercadang untuk menambah lawan/musuh buat masa ini. Sudah letih berlawan. Lagi pun ilmu merawat dan membenteng tidaklah setinggi mana. Kalau asyik kena serang sahaja, kacau hidup kita dibuatnya. Sebab itu saya memang jarang merawat.

Terkenang sahabat-sahabat muallij terutamanya yang seperguruan, yang hamper setiap hari merawat. Saya memang kagum dengan ketahananidan kelasakan mereka. Pelbagai ujian datang tetapi mereka tetap bertahan. Tahniah para sahabatku.

Nampaknya kali ini saya kena balas sikit. Bukan hendak bermusuh, tapi sebagai peringatan sahaja. Terus saya buat rawatan yang berat sikit. Kemudian saya buat serangan yang sederhana dan ringkas kepada yang sedang berada di kaki anak, kemudian di bilik rumah tadi, dan kepada tuan punya ‘benda-benda’ yang berada di kaki dan di bilik itu walaupun saya tidak tahu siapa orangnya. Yang penting, saya mohon Allah sampaikan pukulan saya itu pada ketiga-tiga pihak.

Dengan izin Allah, selepas melancarkan pukulan amaran jarka jauh (bukan dengan niat hendak berlawan, tapi dengan niat bagi mereka rasa sakit sikit untuk memberitahu kepada pihak-pihak terbabit bahawa kita tidak mahu bermusuh, tapi jangan dicabar lagi selepas ini), terus pulih kaki anak saya. Selepas itu saya pun buat ‘pendinding’ untuk kedua-dua orang anak dan rumah.

Setakat pagi tadi, nampaknya tidak ada apa-apa serangan balas. Harap-harap tidak dipanjangkan lagi. Para pembaca tolonglah doakan sama keselamatan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Abu Zulfiqar

10 APRIl 2012

1 comments

  1. Anonymous // May 21, 2012 at 8:35 PM  

    InsyaAllah...aminn...

Post a Comment