MagzNetwork

Bolehkah Doktor Dipercayai?

Posted by Alexanderwathern | 12:30 PM | , | 0 comments »

Sumber : Buku Panduan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) - “Bolehkah Doktor Dipercayai? Lindungi Diri Daripada Kesilapan Perubatan.” Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Prakata

Kesilapan rawatan dan perubatan adalah fenomena meluas yang telah mencapai tahap krisis di seluruh dunia. Selain akhbar asing yang popular, masalah yang semakin meruncing ini turut dibincangkan di dalam beberapa buah jurnal perubatan seperti British Medical Journal, Lancet dan Journal of the Americam Medical Association.

Apabila CAP mendedahkan isu yang sama yang sama di Malaysia, golongan perubatan menunjukkan maklum balas yang bersifat membela diri, melindungi dan agak angkuh. Malah, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengugut untuk menyaman kami.

Tidak seperti kesilapan lain yang jelas kelihatan, kesilapan perubatan sukar untuk dikenal pasti kerana ia memerlukan pengetahuan pakar untuk mengetahui apa yang berlaku.

Sebaliknya kesilapan perubatan mudah ditutup, memandangkan doktor lain yang mengetahui perkara tersebut enggan mendedahkan nama doktor yang terlibat. Ini jelas dapat dilihat melalui kesulitan yang kami hadapi ketika cuba mendapatkan doktor tempatan nuntuk mengesahkan kes-kes kecuaian perubatan yang berlaku.

Kami berharap buku panduan ini dapat membantu anda menjadi lebih ebrhati-hati terhadap apa yang boleh menjadi silap, dan cara-cara melindungi diri apabila anda atau orang yang disayangi berjumpa doktor.

- S.M. Mohd Idris, Presiden CAP

0 comments

Post a Comment