MagzNetwork

Pengalaman di Wad ICU

Posted by Alexanderwathern | 2:43 PM | | 1 comments »

Saya dan isteri menziarahi seorang hamba Allah yang terlantar sakit di wad ICU. Salah seorang anak lelakinya mengesyaki ibunya ‘ada gangguan’. Saya dan isteri masuk berdua sahaja kerana peraturan wad ICU begitu.

Di dalam bilik itu ada empat orang pesakit (semuanya nampak kritikal) dan dua orang petugas. Saya terus ke kepala pesakit, jarakkan tapak tangan lebih kurang satu penumbuk lalu mulakan ruqyah. Pesakit mula tidak senang duduk walaupun sebenarnya dia sangat lemah hinggakan untuk mengangkat tangannya pun dia hampir-hampir tidak mampu. Saya tidak mengesahkan wujudnya gangguan kerana hal itu mungkin gerakan biasa, kesan ubat ataupun kesakitan.

Apabila sampai pada ayat-ayat ‘attack’, pesakit jadi agak kuat. Tangan dan kakinya bergerak kuat. Badannya diangkat seakan-akan mahu bangun. Matanya yang pada awal tadi redup jadi ganas. Dia seakan-akan mahu melawan. Petugas di situ mula perasan perlakuan ganjil pesakit kerana ada sebuah mesin (saya tak tahu mesin apa itu) yang tadinya bernada perlahan kini bergerak pantas dan semakin kuat. Sememangnya saya meruqyah dengan suara yang perlahan, untuk mengelakkan para petugas perasan, namun mereka perasan juga. Isteri saya yang turut membaca ayat-ayat suci yakin memang ada jin, tapi saya tak puas hati lalu meyambung sedikit lagi ruqyah.

Akhirnya saya akui memang ada kehadiran jin pada tubuh si sakit. Saya ‘scan’ merangkap menolak siapa-siapa di dalam dirinya dari atas ke kaki. Dari situ saya tarik dan halakan ke sebuah rumah kosong (salah satu destinasi saya ‘membuang’ jin). Badan pesakit jadi agak kendur, matanya redup semula, tapi saki-baki gangguan masih ada. Maksudnya tidak semua berjaya saya tarik keluar.

Kami keluar dan berbual dengan kaum keluarga si sakit. Dengan peristiwa yang baru dilalui, mereka bertambah yakin lalu pergi menemui seorang perawat di Kerian pada malam itu juga. Hasil rawatannya, dimaklumkan bahawa itu semua angkara sihir.

Dua hari selepas itu saya pergi berziarah lagi. Selepas dituqayah, ternyata tidak ada lagi gangguan. Harap-harapnya berterusan.

Abu Zulfiqar

30 November 2010

SOALAN:

Assalammualaikum... nak tanya... ada tak doa-doa untuk menghindari dari terkena buatan orang ( black magic )?

JAWAPAN

Wlksm.

Dalam kaedah rawatan Ikhtiar Muslim, antara amalan yang kami istiqamah untuk mengelakkan daripada terkena "black magic" ialah "Amalan 333".

Caranya:
1. Baca 3 Qul (surah al-Ikhlass, surah al-Falaq dan surah an-Naas), setiap satunya 3 kali. Baca 1 set pada waktu pagi dan 1 set pada waktu petang.

2. Sebelum tidur, tadah tangan seperti berdoa, bacakan ketiga-tiga surah (setiap satunya sekali), hembus ke tapak tangan lalu sapukan ke seluruh tubuh (mana yang sampai oleh tangan). Ulang 3 kali.

Pengamal lelaki hendaklah melazimkan solat berjemaah di tempat azan dilaungkan (iaitu di masjid/ surau) manakala pengamal wanita hendaklah berpakaian menutup aurat dengan sempurna di depan bukan mahramnya. InsyaAllah amalan ini mujarab walaupun ringkas.

Abu Zulfiqar
30 November 2010

Mimpi Terbuang Air dalam Seluar

Posted by Alexanderwathern | 2:36 PM | | 0 comments »

SOALAN:
Terbuang air besar (lembik) dalam seluar. Apa tafsirnya?

JAWAPAN:
Anda akan membelanjakan banyak wang atau harta. Silap-silap hampir habis wang simpanan.

SOALAN:
Memang tepat tafsir itu.

Mimpi Ular Ganas Lbh Besar drpd Manusia

Posted by Alexanderwathern | 3:19 PM | | 0 comments »

XXX MENULIS:

Saya dah lama mmpi benda ni..
Saya ada jugak bertanya pada orang-orang tua. Tapi entah kenapa saya macam tak puas hati dengan jawapan diorang tu..


Em..macam ni..
Saya ada mimpi sekor ular yang besar kejar saya..
Besarnya luar biasa..lagi besar dari saiz manusia..
Lepas tu dia ganas..
Ular tu buka mulut besar-besar tunjuk taring dia..
tapi..tak pulak dia makan saya..ataupun belit ke..
dia cuma kejar je...
em..apa pndapat anda?


ABU ZULFIQAR MENULIS:

Pada pandangan saya, ada lebih daripada seorang yang memusuhi anda, tapi mereka tidaklah berjaya memudaratkan anda pun. Wallahua'lam.

Oleh kerana mimpi tu dah lama, dah berlalu dah kot.


XXX MENULIS:

Mungkin betul apa cakap anda tu..
Memang baru-baru ini saya melalui saat-saat yang sukar..
Tapi Alhamdulillah semua dah ok..
Thanks..saya puas hati dengan jawapannya..


ABU ZULFIQAR MENULIS:

Alhamdulillah syukur. Semoga dimudahkan Allah segala urusan.


XXX MENULIS:

Terima kasih ..

Amalan Asas Ikhtiar Muslim

Posted by Alexanderwathern | 5:04 PM | , , | 0 comments »

10 Bacaan Asas Ikhtiar Muslim

1. Dua kalimah syahadah

2. Selawat 3x

3. Istighfar 3x

4. Bismillaahillazhi laayadhurru ma’asmihi syai’unn fil ardhi wa laa fissamaa i wa huwassamii’ul ‘aliim 3x

5. Laa haula wa laa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim

6. (A’uzhubillaahiminasysyaitaanirrajiim +) Al-Fatihah

7. Ayat Kursiy

8. Al-Ikhlaas 3x

9. Al-Falaq 3x

10. An-Naas 3x

Kesemuanya dibaca pada waktu pagi sekali (sebaik-baiknya selepas Subuh) dan pada waktu petang sekali (sebaik-baiknya selepas Asar).

Ditambah dengan 5 doa-doa bersebab:

1. Doa keluar rumah

2. Doa masuk rumah

3. Doa masuk tandas

4. Doa sebelum tidur

5. Doa pergi solat (Doa Cahaya)

Bersulam dengan ‘Amalan 333’ yang jadi pegangan utama Ikhtiar Muslim. Disebut ‘bersulam’ kerana ia memang sudah sedia ada dalam amalan-amalan di atas.

RINGKASNYA – 10 Bacaan Asas + 5 Doa Bersebab (dan + Amalan 333)

Khuatir Gambar Disihir

Posted by Alexanderwathern | 4:58 PM | , , | 0 comments »

24434 MENULIS:

Saya digertak oleh seseorang mahu melakukan perkara yang tidak baik pada saya menggunakan gambar saya.... Apakah yang perlu saya lakukan? Ada tak ayat-ayat apa untuk saya berlindung dari terkena buatan manusia tersebut....


ABU ZULFIQAR MENULIS:

24434... guna nombor 24434 (1) ni pun dah power dah sebagai benteng:thumbsup:

Amalan Pelindung yang diamalkan oleh Ikhtiar Muslim ialah "Amalan 333" (2)... Baca 3 Qul, setiap satu 3 kali pada waktu pagi. Petang pun sama. Malam pulak, sebelum tidur baca 3 Qul, hembus ke tangan dan sapu seluruh badan. Ulang 3 kali.

Top-up pulak dengan : “Bismillaahillazhi laayadhurruma'asmihi syaiunnfilardhi walaafissamaa'i wahuwassami'ul ‘aliim.”

Yang tu 3 kali pagi 3 kali petang. Inysaallah tidak ada apa-apa yang boleh mudaratkan kecuali meanmg Tuhan menghendaki begitu. WA.


(1) 24434 ialah ‘nombor telefon Tuhan’ iaitu solat Subuh 2 rakaat, solat Zohor 4 rakaat, solat ‘Asar 4 rakaat, solat Maghrib 3 rakaat dan solat Isya’ 4 rakaat.

(2) Amalan 333 ialah antara amalan utama dan paling asas dalam kaedah rawatan Ikhtiar Muslim. Insyaallah suatu hari nanti saya tulis artikel khusus tentangnya.