MagzNetwork

VERSTAB MENULIS:

Setahu saya seelok-eloknya, seseorang tu perlu diijazahkan untuk mengamalkan sesuatu wirid dan zikir. Bagaimana pula dengan al' Mathurat sususan Imam Hassan al Bana? Mohon pendapat ustaz...


PANDANGAN SAYA:

Seelok-eloknya diijazahkan, lebih-lebih lagi jika sesuatu aurad itu disusun oleh seseorang/ kumpulan yang mana mereka sangat mementingkan ijazah. Namun pengijazahan itu bukanlah perkara wajib, tetapi sangat baik jika dapat dilakukan. Untuk mengamalkan mana-mana ayat Al-Quran ataupun hadis, amalkan saja, tidak perlu tunggu diijazahkan oleh sesiapa.


Tentang Al-Ma’thurat, Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna dan jemaah yang diasaskannya iaitu Ikhwanul Muslimin tidak memberatkan soal pengijazahan. Sesiapa sahaja boleh mengamalkan aurad tersebut dan memang digalakkan oleh para daie Ikhwanul Muslimin.


Wallahu’alam.



Abu Zulfiqar

11 Jun 2010

7 comments

  1. vertstab // June 13, 2010 at 9:03 AM  

    Terima Kasih

  2. Alexanderwathern // June 15, 2010 at 1:33 AM  

    Sama-sama : )

  3. Anonymous // July 4, 2010 at 9:58 PM  

    Salam saudara,saya ingin minta pertolongan dari saudara..

    Setiap kali saya ke tandas untuk mandi,ambil wuduk dan sebagainya. Sering kali saya ternampak bayangan 'makhluk halus'. Ketika sedang gosok gigi nampak, semuanyalah.

    Saya susah nak buat 'dont know'.., asyik tahu je..tapi benda tu tak ganggu saya pun. hanya lihat saya je.. cuma kadang-kadang tu, saya terasa ingin cabut lari saja atau tak payah mandi langsung. baca doa pun tak brkesan..

    harap saudara bantu saya..
    Dari : Hamba Allah

  4. Alexanderwathern // July 13, 2010 at 11:57 PM  

    Wlksm,

    Saya ada beberapa saranan untuk diikhtiarkan.

    Sebelum masuk tandas, istiqamah baca doa anjuran Nabi ini:
    "Allaahumma inni a'uzhubika minal khubuthi wal khobaaith."

    Bacaannya dalam tulisan Arab ada di sini:
    http://www.frim.gov.my/masjid/DOA.HTM

    Amalan pelindung 'basic' amalkan setiap hari, sekali pagi dan sekali petang iaitu:
    1.Qul huallahu ahad 3 x
    2. Qul a'uzhubirabbil falaq 3 x
    3. Qul a'uzhubirabbinnaas 3 x

    Sepanjang masa mandi, biasanya hati kita 'free', tak fikir apa-apa sangat. Jadi anda gantikan dengan zikir seperti "Allahu Akbar" berterusan dari awal mandi hingga habis... di dalam hati. Ini namanya zikir qalbi.

    Jika mandi menggunakan gayung/ cebok, setiap satu cebok zikirkan "Allahu Akbar" sekali. Jika dapat zikir qalbi berterusan lagi baik.

    Sekiranya bilik air anda tidak bersambung dengan tandas, zikir boleh dilafazkan di mulut.

    Insyaallah ada kesannya.


    Abu Zulfiqar
    13 Julai 2010

  5. Anonymous // July 25, 2010 at 6:33 PM  

    Salam saudara,

    Saya sering kali di tindis dengan makhluk halus ketika tidur.. Macam-macam doa dah baca tapi tak berkesan juga. Bagaimana caranya ustaz??

  6. Alexanderwathern // August 7, 2010 at 10:52 PM  

    Wlksm,

    Berdasarkan pengalaman saya yang singkat ini, jika terjadi begitu maksudnya ADA KEMUNGKINAN makhluk halus itu sudah berada/ selalu berada/ mudah masuk dalam tubuh. Saya sarankan saudara pergi dapatkan rawatan daripada mana-mana muallij (perawat)secara terus. Mereka akan cuba mengesan dan mengeluarkannya.

    Selain itu, saudara juga boleh mencuba amalan ini sebelum tidur:

    1. Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga lena adalah lebih baik).

    2. Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi, dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di pembaringan kita.

    3. Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursiy (sekadar saranan)

    4. AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul, hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. Dengan izin Allah, amalan 3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.

    5. Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah Nabi). Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.

    6. Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jiak dapat berterusan berzikir sehingga lena lebih bagus.

    Saya doakan agar ikhtiar saudara berjaya. Jika saudara dapat istiqamah amalan-amalan sebelum tidur itu tadi, mungkin saudara tidak perlu pergi mendapatkan rawatan muallij.


    Abu Zulfiqar Amsyari
    7 Ogos 2010

  7. Anonymous // August 28, 2010 at 12:07 AM  

    Salam saudara..

    Saya ingin berkongsi pengalaman dan minta pendapat saudara.. Semenjak kebelakangan ini, saya mengamalkan surah2 Al-Quran serta menghafal ayat pendinding diri,keluarga dan masyarakat serta ayat2 untuk penyembuhan penyakit seperti doa sakit perut/gastrik,dsb melalui buku.

    Jika nak diikutkan sebenarnya seelok2nya kena belajar melalui guru(perawat) tetapi saya tidak mengikutinya kerana harga yuran terlalu mahal.

    Tujuan saya hanya sekadar hafal(suka-suka) untuk diri, keluarga atau masyarakat sahaja tetapi mesti ada pelbagai gangguan yg saya hadapi. Saya tahu jika sekiranya saya hafal dan amalkannya, mesti ada saja berlaku..

    Bagaimana caranya untuk saya elakkan dan menghindarinya?? Kadang2 saya takut menghadapinya walaupun saya hanya berbekalkan ayat pendinding diri saja.

    Saya tidaklah dikatakan 'pro' seperti saudara yang berani dan hebat dlm perubatan islam ini. Kiranya masih junior lagi..

    Benda2 tu xpernah ganggu tetapi mata saya boleh nampak pelbagai jenis tidak kiralah di mana2 saja berada. Ganggu pun bila waktu saya tidur (di tindih), kadang2 mimpi melawan "jeneral penganggu" sehingga saya kalah dsb..

    Harap saudara dapat membantu saya.

Post a Comment