MagzNetwork

Kembung Malam

Posted by Alexanderwathern | 9:56 PM | , | 0 comments »

Kanak-kanak sering tidak selesa ketika tidur dan kadang-kadang merengek atau menangis berpanjangan. Antara langkah terawal yang perlu kita ambil ialah dengan memeriksa perutnya. Jentik-jentik sedikit perutnya. Jika ada bunyi bergaung, maksudnya perutnya kembung.

Salah satu kaedah yang sangat berkesan ialah dengan menyapukan minyak telon/ minyak kayu putih (biasa disebut minyak bayi) di perut dan belakang pinggangnya. Urut dan picit sedikit. Sertakan dengan bacaan selawat.

RASIONAL
Agen utama kembung ialah angin. Minyak telon/ kayu putih sangat efektif untuk menyah angin dari perut.

SANDARAN
Amalan turun-temurun orang Melayu dan memang berkesan.

BERHATI-HATI
Sekiranya perut kanak-kanak itu tidak kembung, dia menangis atas sebab lain seperti:
1. gangguan jin
2. digigit serangga / haiwan
3. pra-demam


Daripada Ibnu Mas'ud, bahawa dia telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga orang yang sakit, lalu sembuhlah ia. Nabi saw telah bertanya kepadanya, apakah yang dibacanya itu? Dia menjawab- ayat-ayat terakhir surah al-Mukminun.

Nabi bersabda:
"Demi Tuhan yang nyawaku berada pada 'tangan-Nya', jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung, nescaya akan pecah gunung itu."
(Turmizi, Al-Hakim, Abu Ya'la, Ibni Abi Hatim, Ibnus Sunni)


KEGUNAAN
1. Merawat orang kerasukan.
2. Merawat orang sakit.
3. Memecah-belahkan pasukan musuh.
4. Memecahkan apa-apa penghadang
5. Memecahkan batu karang
6. Membatalkan kuasa barang-barang yang disihir ataupun berjin.

Khazanah Blog Ikhtiar Muslim

Posted by Alexanderwathern | 9:28 PM | | 0 comments »


Penawar Bisa Durian

Posted by Alexanderwathern | 10:46 PM | | 0 comments »

Selepas makan durian, isikan sedikit air ke dalam pangsanya (bekas ulas durian tadi). Kemudian air itu diminum.

Ramai yang tak berapa peduli akan amalan ini tetapi ia memang berkesan untuk mengelakkan/ mengurangkan kesan-kesan makan durian seperti:
1. panas badan
2. angin
3. sakit/ berat kepala
4. demam
5. batuk

Amalan ini membolehkan anda makan durian lebih banyak daripada biasa.


SANDARAN
Petua orang tua-tua dan memang berkesan.

Berkongsi Rumah dengan Jin

Posted by Alexanderwathern | 10:20 PM | , | 0 comments »

"Rumah itu bukan hanya dihuni oleh enam orang ahli keluarga saya. Sejak mendiaminya 11 tahun lalu, kami menyedari tentang kehadiran satu 'keluarga' lagi.

"'Mereka' tinggal di sudut dan bahagian tertentu," ujar wanita berusia 42 tahun itu tentang banglo lima bilik yang ditawarkan harga menarik oleh ejen hartanah itu.

Tanpa riak resah atau takut, Asmah bercerita dalam nada mendatar. Menurutnya, dia tidak berbangga pun kalau ada yang mengatakan betapa mereka sekeluarga boleh menyesuaikan diri dengan keanehan dalam rumah itu selama ini.

"Kerapkali selepas tengah malam ketika kami tidur, pelbagai bunyi pelik kedengaran. Bunyi seperti orang mandi di bilik air atau memasak di dapur di tingkat bawah," terangnya. Katanya, setiap dia kali turun memeriksa, pasti dia menemui petunjuk tentang kedudukan barangan yang sedikit berubah.

Bagi ibu kepada empat cahaya mata itu, kejadian berulang seperti itu pernah membuatkannya ingin segera berpindah. Namun, ada saja yang mempengaruhinya agar melupakan hasrat itu.

"Suami saya sibuk dengan bisnes. Dia cuba memahami keadaan tetapi tidak mengambil serius tentangnya. Dia selalu merasionalkan saya dengan penjelasan bersifat logik. Saya tidak menyalahkannya," luah Asmah.

Bagaimanapun, Asmah tidak tahu bagaimana hendak menerangkan tentang aduan anak bongsunya mengenai kelibat budak lelaki dan perempuan sebayanya di dalam rumah.

"Saya sekadar memujuk anak-anak dengan mengatakan ia sekadar khayalan, tapi macam mana dengan alat permainan anak saya yang kerap hilang dan muncul semula ataupun beralih kedudukan dari tempat simpanannya?" katanya.

Lengan tanpa tubuh

Suri rumah sepenuh masa yang secara sambilan meminati seni membuat kraf perkahwinan itu pernah dikejutkan dengan insiden paling menakutkan.

Ketika dia leka menyiapkan perhiasan hantaran pada lewat malam, dia yang bersendirian pada waktu itu tiba-tiba tersentak dengan 'sesuatu' di hadapannya yang turut membantu menggubah hantaran.

Percaya atau tidak, benda yang 'membantu' itu hanyalah sepasang lengan tanpa tubuh!

"Memang pada mulanya saya trauma dan kami tidak senang duduk. Tapi, makin lama saya dapati ia tidak mengancam keselamatan kami.

"Lebih penting lagi, ia langsung tidak menjejaskan perkembangan anak-anak dan juga pembelajaran mereka. Kini saya sekadar berwaspada," kata Asmah.

Nabi Anjurkan Berbekam

Posted by Alexanderwathern | 9:59 PM | , | 0 comments »


“Sebaik-baik sesuatu yang kamu gunakan sebagai ubat ialah berbekam.”

(Bukhari & Muslim)



SANDARAN

Hadis Nabi dan kajian saintifik.


Inai Menawarkan Sakit Kepala

Posted by Alexanderwathern | 9:57 PM | , | 0 comments »

“Sesungguhnya daun inai itu bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit kepala dengan izin Allah.”

(Ibnu Majah)


Tumbuk lumat inai, campur dengan air dan lumurkan di kepala.


SANDARAN

Hadis Nabi

Nabi Suka KIta Berkahwin

Posted by Alexanderwathern | 9:53 PM | | 0 comments »

“Kahwinlah kamu. Sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya umatku.”

(Ahmad)



*Sahutlah seruan Rasulullah saw.